Arsenal benam All-Stars 2-1

Arsenal benam All-Stars 2-1

SAN FRANCISCO, 29 Julai – Chuba Akpom menjaringkan gol kemenangan lewat ketika pasukan gergasi Inggeris, Arsenal menewaskan pasukan Major League Soccer All-Stars 2-1 di San Jose semalam.

Pemain penyerang England bawah 21 tahun, Akpom menjaringkan gol tiga minit sebelum tamat di Stadium Avaya ketika pasukan dari Liga Perdana itu menjaringkan gol dalam perlawanan yang menarik.

Akpom menjaringkan gol dari jarak dekat selepas jaringan menarik itu menyaksikan pemain dari Sepanyol, Macho Monreal meluru ke kiri sebelum membuat hantaran kepada rakan sepasukan yang muda. “Saya gembira untuk diturunkan dan menjaringkan gol kemenangan, kata Akpom.

‘Ia adalah perlawanan persahabatan tetapi kami melihatnya dengan serius dan kami mahu menang.”

Akpom, 20, berharap untuk meningkatkan dirinya dalam skuad pertama Arsenal musim ini dan cemerlang ketika kemunculannya sebagai pemain gantian sebagai pemain gantian di utara California.

Chuba Akpom (kanan) meraikan jaringan selepas membenam MLS All-Star 2-1 di Stadium Avaya di San Jose, California semalam. - AFP
Chuba Akpom (kanan) meraikan jaringan selepas membenam MLS All-Star 2-1 di Stadium Avaya di San Jose, California semalam. – AFP

Jaringan kemenangannya hadir selepas Joel Campbell meledakkan pasukan Arsenal di depan menerusi sepakan penalti minit ke-11.

Bagaimanapun jaringan pendahuluan tersebut dibatalkan dengan jaringan penyamaan MLS All Stars menerusi bekas bintang Chelsea, Didier Drogba pada akhir separuh masa pertama.

Drogba, yang beraksi bagi Montreal Impact, menyudahkan jaringannya dengan menewaskan bekas rakan sepasukannya Blues, Petr Cech untuk meneruskan jaringannya menentang Arsenal.

Pemain dari Ivory Coast itu, 38, sekarang menjaringkan 16 gol dalam 16 kemunculan menentang Arsenal sepanjang kerjayanya. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA