Arsenal cari tonik hadapi West Brom

Arsenal cari tonik hadapi West Brom

LONDON, 20 April (AFP) – Perjalanan bergetar Arsenal menuju empat kedudukan teratas Liga Perdana diteruskan lagi esok apabila West Bromwich Albion mengunjungi Stadium Emirates dalam perlawanan yang disusun semula.

Keputusan seri 1-1 di laman sendiri menentang Crystal Palace Ahad lalu menyaksikan pasukan Arsene Wenger jatuh di tangga keempat dan menyaksikan mereka dengan ruang yang sedikit menjelang lima perlawanan terakhir musim ini.

Manchester United di tangga kelima dan West Ham United di tangga keenam kedua-duanya berpeluang untuk merapatkan jurang dengan Arsenal hari ini dan penjaga gol Petr Cech tahu pasukannya tidak dapat terus melepaskan mata.

“Kami telah bercakap mengenai keadaan itu di mana setiap pasukan di depan kami tercicir, kami perlu mendapatkan tiga mata, tetapi malangnya kami tidak mampu melakukannya,” kata pemain antarabangsa Czech itu minggu ini.

“Ia mengecewakan. Kami bersedia untuk memberikan tekanan, kami cuba untuk memenangi kesemua perlawanan kami dan kami akan cuba memenangi kesemua baki perlawanan.

“Pasukan lain sudah semakin hampir sekarang, dan terdapat persaingan yang menarik sehingga akhir musim. Mari kita lihat jika memenangi kesemua empat perlawanan akan mencukupi untuk berada di kedudukan lebih tinggi dalam carta.”

Arsenal mendominasi perlawanan Ahad lalu ketika bertemu Palace, dengan 72 peratus, tetapi jaringan penyamaan dari Yannick Bolasie membolehkan pasukan pelawat untuk pulang dengan berkongsi mata.

Arsenal yang biasanya tidak memberikan peluang semasa menentang pasukan lemah di Emirates, hanya mencatatkan lapan daripada kemungkinan 18 mata dalam enam perlawanan lalu di laman sendiri dan ini mengancam untuk menjejaskan musim mereka.

Wenger tidak pernah gagal membawa Arsenal ke Liga Juara-Juara Eropah selama 20 tahun bersama kelab, tetapi risiko kegagalan baru sahaja menjelma pada peringkat musim ini.