Arsenal, Cech buru kejayaan simbolik

Arsenal, Cech buru kejayaan simbolik

LONDON, 21 Jan – Arsenal boleh mengorak satu langkah lagi menuju gelaran Liga Perdana dengan kejayaan simbolik ke atas juara Chelsea apabila menjadi hos kepada pesaing uzur London di Emirates Ahad ini.

Kejayaan juga akan memastikan penjaga gol Arsenal, Petr Cech menjadi pemain kedua dalam sejarah bola sepak Liga Inggeris memenangi gelaran bersama kelab berbeza dalam beberapa musim berturut-turut, selepas menjulang mahkota liga keempatnya bersama Chelsea tahun lepas.

Cech membuat kemunculan bersama Arsenal semasa menewaskan Chelsea 1-0 dalam Perisai Komuniti dan kempennya boleh disudahkan dengan kedudukan tinggi jika mengikut jejak Eric Cantona, yang memenangi gelaran tersebut bersama Leeds United pada 1992 dan Manchester United pada 1993.

Salah satu tumpuan terhadap kempen hambar Chelsea September lalu apabila mereka menewaskan Arsenal 2-0 di Stamford Bridge di mana Gunners menyaksikan Gabriel Paulista dan Santi Cazorla diarah meninggalkan padang.

Cech memburu kejayaan simbolik bersama Arsenal apabila menentang Chelsea di Stadium Emirates Ahad ini. - Reuters
Cech memburu kejayaan simbolik bersama Arsenal apabila menentang Chelsea di Stadium Emirates Ahad ini. – Reuters

Musim Arsenal berkembang sejak itu dan Chelesa terjejas dengan pengurus pasukan Jose Mourinho yang dipecat pada Disember lalu.

Arsenal mendahului persada liga dan Chelsea ketinggalan 19 mata di tempat ke-14 dengan pengurus jurulatih sementara Guus Hiddinik minggu lalu berkata mereka belum lagi bebas daripada kebimbangan penyingkiran. – AFP