Arsenal, Chelsea ke pusingan kalah mati

Arsenal, Chelsea ke pusingan kalah mati

PARIS, 10 Dis – Arsenal dan Chelsea mara ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara Eropah awal pagi tadi, bagi menjadikan tiga kelab Inggeris beraksi dalam 16 pasukan terakhir.

Sebelum ini, satu lagi kelab Liga Perdana Inggeris sudah mengesahkan tempat di pusingan kalah mati ialah Manchester City.

Arsenal menewaskan Olympiakos di Greece 3-0 dengan penyerang Perancis, Olivier Giroud melengkapkan jaringan hatrik untuk berada di kedudukan kedua Kumpulan F di belakang Bayern Munich.

Manakala skuad bermasalah, Jose Mourinho pula mempamer kebangkitan untuk mengalahkan bekas kelab bimbingannya, Porto 2-0 di Stamford Bridge bagi menjuarai Kumpulan G.

Dynamo Kiev pula memotong Porto di kedudukan kedua kumpulan berkenaan selepas kemenangan tipis 1-0 ke atas Maccabi Tel Aviv.

Olivier Giroud menjadi wira Arsenal apabila menjaringkan hatrik ketika menentang Olympiakos dalam saingan Liga Juara-juara Kumpulan G, semalam. – AFP
Olivier Giroud menjadi wira Arsenal apabila menjaringkan hatrik ketika menentang Olympiakos dalam saingan Liga Juara-juara Kumpulan G, semalam. – AFP

Barcelona, yang awal lagi sudah layak dengan menjuarai Kumpulan E hanya seri 1-1 dengan Bayer Leverkusen. Keputusan itu membolehkan Roma menduduki tangga kedua kumpulan berkenaan meskipun hanya seri 0-0 dengan BATE Borisov.

Valencia pula yang memperlihatkan kehadiran jurulatih baharunya Gary Neville, gagal untuk membawa kelab Sepanyol itu sebagai kelab keempat layak selepas tewas 2-0 di gelanggang sendiri kepada Lyon dalam Kumpulan H.

Undian bagi aksi 16 pasukan terakhir itu akan ditentukan UEFA di Nyon, Isnin depan. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA