Arsenal dihantui masalah kecederaan

Arsenal dihantui masalah kecederaan

KINGSTON UPON HILL, United Kingdom, 9 Mac (AFP) – Arsene Wenger akan cuba menghentikan masalah kecederaan Arsenal selepas pemenang Piala FA itu mara ke suku akhir.

Aaron Ramsey, Per Mertsecaker dan Gabriel Paulista semuanya digantikan selepas kemenangan selesa 4-0 di Hull City semalam yang melanjutkan rekod tanpa kalah Gunners tiga tahun dalam perlawanan itu.

Mengekalkan Piala FA bagi musim ketiga dilihat harapan terbaik Arsenal untuk mencatatkan kejayaan musim ini di mana Wenger sekali lagi dikritik kerana kegagalan pasukannya untuk memenangi Liga Perdana buat kali pertama dalam tempoh 12 tahun.

Mereka mengekori pendahulu Leicester City lapan mata, dan menghadapi penyingkiran daripada Liga Juara-Juara dalam perlawanan timbal balik menentang Barcelona, di mana mereka ketinggalan 2-0 dalam persaingan 16 kelompok terakhir daripada pertemuan pertama mereka di Stadium Emirates bulan lalu.

Arsenal menghoskan pesaing Liga Perdana, Watford Ahad ini untuk berada dalam empat pasukan teratas Piala FA di Sadium Wembley, April depan.

Tetapi Wenger mengakui dia menghadapi kedudukan itu selepas tambahan kepada senarai kecederaan yang tidak diingini yang semakin bertambah sebelum pasukannya mencatatkan kemenangan mudah di Stadium KC, dengan pemain seperti Petr Cech, Laurent Koscielny dan Santi Cazrola sudah direhatkan.

Persoalan mengenai pemidang yang didedahkan dari kalangan 2,500 penyokong Arsenal yang berbunyi ‘terima kasih kerana memori Arsene tetapi sudah tiba masanya untuk pergi’, pengurus dari Perancis itu berkata: “Kecederaan berlaku secara mengejut. Mertsacker mengalami luka di mata dan Gabriel mengalami masalah paha.”

“Ramsey mengalami masalah paha dan dia melihat kepada kecederaan serius malam ini. Kami tahu lebih banyak pada hari berikutnya.”

Penyerang Perancis, Olivier Giroud meraikan menjadi seorang ayah bagi kali kedua dengan menjaringkan dua gol untuk menamatkan kemarau jaringan selama hampir dua bulan ketika Arsenal mencatatkan kemenangan perlawanan ke-15 berturut-turut dalam dalam perlawanan pusingan kelima Piala FA.