Arsenal hilang khidmat Mertesacker

Arsenal hilang khidmat Mertesacker

LONDON, 27 Julai – Pertahanan Arsenal, Per Mertesacker akan diketepikan untuk beberapa bulan berikutan masalah lutut yang menghalang beliau daripada menyertai The Gunners dalam Jelajah Amerika Utara, kata pengurus kelab Liga Perdana (PL) itu, Arsene Wenger, pada sidang media semalam.

Dia mengalami kecederaan selepas terbabit dalam aksi persahabatan berdepan Lens dan disahkan tersisih daripada jelajah pra-musim yang bermula dengan pertemuan menentang pasukan MLS All-Star Game di San Jose, Jumaat ini.

Kecederaan Mertesacker bermakna Wenger perlu segera memanggil semula Laurent Koscielny yang masih berehat selepas membantu Perancis mara ke pentas final Euro 2016.

Pertahanan tengah, Gabriel turut terlepas aksi jelajah AS kerana masalah tonsil sekali gus meninggalkan Calum Chambers seorang saja sebagai pemain pertahanan tengah paling berpengalaman dalam skuad.

Dalam pada itu, Wenger memberi bayangan beberapa pemain mudanya akan diturunkan untuk memperkasakan skuadnya.

Mertesacker sudah pasti tidak dapat beraksi dalam per-lawanan pembukaan PL kerana dilanda kecederaan. – AFP
Mertesacker sudah pasti tidak dapat beraksi dalam perlawanan pembukaan PL kerana dilanda kecederaan. – AFP

“Dengan Per terpaksa berehat, kami pasti kekurangan pemain berpengalaman dan berusaha untuk membawa masuk pemain baru pada musim perpindahan ini,” kata Wenger.

Calum Chambers adalah pemain bek tengah paling berpengalaman Arsenal di Amerika untuk perlawanan menentang MLS All-Stars dan Chivas Mexico.

Setakat ini Wenger mengesahkan pemain baru Granit Xhaka dan pemain antarabangsa AS Gedion Zelalem akan diturunkan semasa menentang MLS All-Stars.

“Kami diminta untuk menyempurnakan tugasan. Setiap kali kami berada di bawah tekanan untuk memenangi permainan,” kata Wenger. “Kami bermain untuk menang dan kami mahu menang seperti biasa dengan gaya, identiti dan nilai-nilai kami.

“Sebenarnya kami tahu bahawa bahawa sejarah permainan ini memihak kepada MLS kerana daripada apa yang saya dengar, mereka telah menang musim lalu,” katanya. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA