Arsenal ‘juara’ Eropah akhirnya

Arsenal ‘juara’ Eropah akhirnya

PARIS, 5 Okt – Arsenal tidak pernah menjulang trofi Liga Juara-Juara namun status mereka berdasarkan pendapatan ketika hari perlawanan, lebih tepat di Stadium Emirates tidak mampu ditewaskan di Eropah.

Stadium Emirates dengan kapasiti 60,000 tempat duduk di Utara London dan dibuka pada 2006, menjana 132 juta euro bagi musim 2014-15 berdasarkan jualan tiket dan perbelanjaan peminat, menurut kajian oleh Deloitte.

Ia bersamaan 30 peratus daripada keseluruhan pendapatan tahunan kelab dan meletakkan mereka di hadapan gelanggang Real Madrid, Santiago Bernabeu yang mempunyai kapasiti lebih 80,000 tempat duduk.

Laman kelab gergasi Sepanyol itu menjana 129.8 juta euro pada musim yang sama. Daripada 10 stadium yang paling mencipta keuntungan ketika hari perlawanan, lima daripadanya ialah kelab Liga Perdana Inggeris, dua Sepanyol, dua dari Jerman serta satu dari Perancis. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA