Arsenal julang Trofi Asia

Arsenal julang Trofi Asia

SINGAPURA, 19 Julai – Arsenal menambah satu lagi piala selepas kejayaan Piala FA barunya dengan menumpaskan Everton 3-1 dalam perlawanan akhir Trofi Barclays Asia semalam.

Theo Walcott, Santi Cazorla dan Mesut Ozil telah menjaringkan gol dalam persembahan mantap yang memberi kejutan indah kepada pengurusnya Arsene Wenger dengan permainan serangan berterusan pasukannya.

“Saya gembira dengan prestasi ini. Bagi tempoh panjang kami bermain dalam cara meyakinkan dan cara permainan yang kami inginkan, bersama-sama, permainan berpasukan yang bagus dan semua orang berkongsi visi,” pengurus berbangsa Perancis itu memberitahu para wartawan.

Walcott mencipta jaringan pembukaan pada minit ke-22, apabila menjaringkan gol daripada hantaran Cazorla, yang menambah gol kedua pada minit ke-55 selepas melepasi penjaga gol Everton, Joel Robles.

Gambar ramai pasukan Arsenal FC meraikan kejayaan merangkul Trofi Barclays Asia. - AFP
Gambar ramai pasukan Arsenal FC meraikan kejayaan merangkul Trofi Barclays Asia. – AFP

Arsenal, yang menumpaskan Singapore Select XI, 4-0 Rabu lalu menambah lagi gol dengan Cazorla mengatur strategi jaringan buat Ozil empat minit kemudian ketika Everton layu dalam keadaan panas dan lembap di Stadium Kebangsaan Singapura.

Peluang terbaik Everton muncul dalam separuh masa pertama apabila mereka tidak bernasib baik untuk mencipta penyamaan empat minit sebelum separuh masa kedua apabila tendangan Arouna Kone terkena Gareth Barry dan memasuki jaring Arsenal tetapi dibatalkan kerana offside.

Pemain baru Peter Cech, melakukan tugas yang baik menyelamatkan tandukan Steven Naismith sebelum Kone menjaringkan gol, dan juga melakukan penyelamatan dalam separuh masa kedua untuk menggagalkan usaha Luke Garbutt dari jarak jauh.

Ketibaan pemain Czech selepas 11 tahun penuh dengan trofi di Chelsea telah menimbulkan harapan di kalangan para penyokong kelab Arsenal bagi gelaran Liga Perdana pertama sejak 2004 dan setiap sentuhannya disambut ceria oleh majoriti 52,107 penonton.

Manchester City adalah pemenang terakhir Trofi Asia di Hong Kong dan kemudian memenangi Liga Perdana musim berikutnya, satu fakta yang membawa kegembiraan buat Wenger. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA