Arsenal ke persada liga

Arsenal ke persada liga

LONDON, 13 Dis (AFP) – Arsenal berjaya mengungguli persada Liga Perdana Inggeris selepas berjaya menundukkan Aston Villa dengan jaringan 2-0.

Jaringan Arsenal masing-masing dijaringkan oleh Olivier Giroud melalui sepakan penalti pada minit ke-8 dan Aaron Ramsey pada minit ke-38.

Sementara itu dalam perlawanan malam semalam, Manchester City menang 2-1 ke atas Swansea City sekali gus melonjak ke tangga kedua, ketinggalan satu mata di belakang Arsenal, diikuti Leicester City di tempat ketiga dengan berbaki satu perlawanan menentang Chelsea.

Aaron Ramsey ketika menjaringkan gol kedua buat Arsenal.
Aaron Ramsey ketika menjaringkan gol kedua buat Arsenal.

“Saya rasa tiga mata sangat penting, lebih baik daripada cara kami bermain,” kata Pellegrini. “Saya sedar ia akan menjadi sukar kerana kami ada tiga hingga empat pemain yang masih belum pulih daripada perlawanan terakhir. “Swansea bermain sangat baik dan ia bukanlah cara kami mahu menang. Kini kami ada masa seminggu untuk pulih – kami bermain terlalu banyak perlawanan dengan 13 atau 14 pemain.”

Dengan jurulatih pasukan utama Alan Curtis bertanggungjawab dalam perlawanan itu, Swansea melakukan tiga perubahan di Stadium Etihad dengan Angel Rangel, Federico Fernandez dan Jack Cork menggantikan Kyle Naughton, Kyle Bartley and Gomis.