Arsenal kehilangan momentum – Wenger

Arsenal kehilangan momentum – Wenger

LONDON, 24 Nov – Arsene Wenger mengakui Arsenal kehilangan momentum dan dilihat pasti bagi menyudahkan tangga kedua dalam kumpulan Liga Juara-Juara mereka selepas terikat seri 2-2 menentang Paris Saint-Germain.

Pasukan kendalian Wenger itu dalam laluan untuk menamatkan tangga teratas dalam Kumpulan A apabila mereka mendahului 2-1 lewat separuh masa kedua di Stadium Emirates semalam.

Tetapi tandukan Lucas pada minit ke-77 melantun ke gawang sendiri oleh pemain sayap Gunners, Alex Iwobi dan Arsenal tidak dapat untuk menjaringkan gol kemenangan.

Ia meletakkan pasukan dari Utara London itu mengutip mata yang sama dengan PSG tetapi di belakang mereka menerusi rekod terbaik, bermakna pasukan dari Perancis itu akan menghuni kedudukan teratas jika mereka memenangi perlawanan kumpulan terakhir, menentang Ludogorets pada 6 Disember depan.

Arsenal akan berkunjung ke Basel pada malam yang sama dan Wenger menyatakan ia tidak mungkin mereka akan menghuni tangga teratas berikutan keputusan seri ketiga berturut-turut mereka dalam semua perlawanan, yang bermakna mereka akan mendapatkan persaingan lebih sukar dalam peringkat kalah mati.

Arsene Wenger ketika mengendalikan anak didiknya dalam perlawanan tersebut. – AFP
Arsene Wenger ketika mengendalikan anak didiknya dalam perlawanan tersebut. – AFP

“Ia belum berakhir, tetapi kami mempunyai 90 peratus peluang untuk menamatkan tangga kedua,” kata Wenger.

“Kami mahu menamatkan tangga teratas. Kami belum tewas satu pun perlawanan dalam kumpulan ini, jadi kami melakukan dengan baik, tetapi belum menyelesaikan tugasan.

“Kami terjejas selepas kedudukan 2-1. Kami tidak mengekalkan tekanan dan menerima padah untuk itu.

“Ia mengecewakan. Kami sedikit pasif di sudut bagi gol kedua.”

Arsenal tahu bagaimana sukarnya untuk menamatkan tangga kedua ketika siri keputusan seri membawa kepada penyingkiran dari 16 pasukan terakhir enam kali berturut-turut.

Tetapi Wenger cuba untuk mengekalkan kedudukan dan menegaskan kualiti sebahagian pasukan menamatkan tangga kedua bermakna pemenang kumpulan tidak menjamin undian mudah.

“Adakah ia teruk bagi kami? Kami perlu tunggu dan lihat,” katanya.

“Jika anda menamatkan di tempat pertama, anda beraksi perlawanan kedua di gelanggang sendiri, tetapi anda melihat kepada kumpulan dan sukar untuk memberitahu apa yang lebih baik.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA