Arsenal kekalkan saingan

Arsenal kekalkan saingan

LONDON, 28 Nov – Pasukan Arsenal merapatkan jurang ke atas pendahulu Liga Perdana Inggeris, Chelsea ketika Alexis Sanchez menjaringkan gol dalam kemenangan 3-1 ke atas Bournemouth, semalam.

Pasukan kendalian Arsene Wenger itu mengekori tiga mata selepas pemain penyerang dari Chile, Sanchez menjaringkan gol pada setiap separuh masa di Stadium Emirates untuk mengumpulkan jumlah jaringannya musim ini kepada 10.

Sanchez meletakkan pendahuluan awal bagi Arsenal sebelum Callum Wilson menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti sebelum rehat.

Theo Walcott membolehkan Arsenal kembali di depan hanya selepas 24 jam kelahiran anak keduanya dan kemudian Sanchez menjaringkan satu lagi gol bagi melengkapkan kutipan mata penuh.

Selepas seri tiga dari empat perlawanan liga mereka yang menyaksikan mereka ketinggalan enam mata di belakang Arsenal, ini adalah kejayaan bagi Arsenal yang menghuni tangga keempat, yang sekarang mencatatkan rekod tanpa kalah dalam 19 perlawanan dan berada dalam perebutan gelaran.

Theo Walcott meraikan jaringannya bersama Alexis Sanchez. – AP
Theo Walcott meraikan jaringannya bersama Alexis Sanchez. – AP

Wenger juga menyatakan Arsenal kehilangan momentum dan dalam usaha untuk menyegarkan kembali pasukannya, bos tersebut membuat tujuh pertukaran dari perlawanan yang berkesudahan seri pada pertengahan minggu menentang Paris Saint-Germain.

Pemain penyerang Perancis, Olivier Giroud diletakkan di bangku simpanan dan mengembalikan pemain pertahanan Mathieu Debuchy, yang kali terakhir beraksi bersama Arsenal pada November 2015.

Pemain tengah Arsenal yang dalam pinjaman, Jack Wilshere tidak dapat beraksi bagi Bournemouth menentang kelabnya, tetapi ketiadaannya tidak menghalang pasukan pelawat untuk kekal dengan falsafah permainan pengurus pasukan Eddie Howard untuk beraksi dari belakang.

Ia membuktikan berbahaya pada minit ke-12.

Penjaga gol Bournemouth, Adam Federici mengeluarkan bola kepada Steve Cook di sudut kiri dan sebaliknya menyepak tinggi, pemain pertahanan cuba untuk membuat hantaran ke belakang sebaliknya dapat dipintas oleh Sanchez, yang dengan mudah menyudahkan jaringan di gawang kosong.

Wilshere, yang menyaksikan perlawanan dari tempat duduk, menutup kepalanya dengan kotnya ketika rakan sepasukan dari Arsenal, Danny Welbeck yang mengalami kecederaan bergurau bersama rakan-rakannya.

Sanchez mencetuskan huru-hara dalam pertahanan Bournemouth tidak alam kemudian dengan larian yang berakhir dengan kontek dari Nathan Ake, tetapi tiada faul diberikan oleh pengadil Mike Jones ketika Arsenal merayu bagi sepakan penalti.

Jika ia mengecewakan bagi Arsenal, terdapat kedudukan yang lebih buruk berlaku di tangan Jones pada minit ke-23 apabila dia memberikan Borunemouth sepakan penalti bagi pelanggaran Monreal bersama Wilson, yang meletakkan dirinya bagi menjaringkan gol pertama kelabnya ke atas Gunners.

Hanya sebelum jaringan penyamaan Bournemouth, aksi kembali Debuchy berakhir dengan cepat apabila dia mengalami kecederaan dengan senarai panjang pemain yang cedera.

Pelepasannya dilihat menjejaskan barisan pertahanan Arsenal dan Bournemouth seharusnya mendapatkan kelebihan apabila Ake membuat tandukan ke arah Adam Smith, yang hanya membuat tandukannya melepasi palang.

Arsenal biasanya mengelirukan pasukan lawan dengan hantaran-hantaran mereka, tetapi mereka menerima ujian dari Bournemouth ketika satu lagi pergerakan memberikan Brad Smith ruang untuk melepaskan rembatan yang dapat diselamatkan Petr Cech. Sanchez cuba untuk menenangkan keadaan hanya sebelum separuh masa dengan rembatan kencang yang melantun mengenai palang.

Amaran rembatan itu membayangkan tempoh yang lebih dinamik bagi Arsenal selepas separuh masa pertama dan mereka mengembalikan pendahuluan pada minit ke-53.

Hantaran lintang daripada Mesut Ozil yang melantun mengenai Ake kepada Monreal, kemudian membuat hantaran lintang terhadap Walcott dan pemain sayap Arsenal itu membuat tandukan dari jarak dekat sebelum meraikan kelahiran anak lelakinya Arlo dengan keraian ‘rock the baby’.

Terlibat dengan kontroversi penalti pada separuh masa pertama, Jones membuat satu lagi permintaan apabila dia menafikan Bournemouth sepakan penalti selepas Monreal menghalang hantaran Simon Francis dengan tangannya.

Bournemouth menamatkan dengan kuat dan ia memerlukan penyelamat menarik dari Cech untuk menafikan Benik Afobe, tetapi Sanchez mengurangkan keresahan Arsenal pada minit ke-90 apabila menyudahkan hantaran lintang daripada Giroud. – AFP