Arsenal kembali

Arsenal kembali

LONDON, 8 Feb – Arsenal kembali pada landasan yang tepat untuk merebut kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini selepas mencatat kemenangan selesa 2-0 ke atas Bournemouth, malam tadi.

Kemenangan pertama dalam empat perlawanan itu membolehkan mereka mengutip 48 mata dan terikat dengan pasukan di tangga kedua yang juga jiran tetangga mereka, Tottenham Hotspur yang mempunyai kelebihan jaringan.

Skuad bimbingan Arsene Wenger yang sedang berusaha untuk mencatat kemenangan bagi merapatkan kedudukan dengan pendahulu Leicester, mendahului menerusi perancangan Jerman, Mesut Ozil pada minit ke-22.

Selepas lima jam tanpa gol pada aksi liga, Arsenal meledak dua gol dalam tempoh seminit menerusi Mesut Ozil dan Alex Oxlade Chamberlain dengan anak buah Arsene Wenger yang mensasarkan trofi kejuaraan sejak 2004 itu bakal bertemu pendahulu liga, Leicester City, Ahad ini.

“Ia adalah aksi yang perlu kami menangi. Leicester memberi gambaran yang besar selepas mereka menewaskan Manchester City dan mereka kini adalah pasukan pilihan untuk memenangi kejuaraan liga musim ini.

Mesut Ozil memberi penghormatan kepada penyokongnya selepas tamat perlawanan. Arsenal kembali ke kedudukan ketiga Liga Perdana Inggeris apabila menang selesa 2-0 menentang Bournemouth. – Reuters
Mesut Ozil memberi penghormatan kepada penyokongnya selepas tamat perlawanan. Arsenal kembali ke kedudukan ketiga Liga Perdana Inggeris apabila menang selesa 2-0 menentang Bournemouth. – Reuters

“Itu menjadikan aksi menentang mereka adalah satu perlawanan yang penting buat kami,” kata Wenger kepada BBC.

Arsenal mencatatkan kemenangan liga pertama sejak 2 Januari lalu selepas sekadar seri 0-0 dalam dua perlawanan dan tewas 1-0 di tangan Chelsea sebelum ini, dengan pemain tengah Wales, Aaron Ramsey bertindak selaku perancang bagi kedua-dua gol pasukan dengan jolokan The Gunners itu.

Pada minit ke-23, dia melakukan hantaran lintang untuk Olivier Giroud menanduk sekali gus memberi peluang kepada Ozil bagi meledak gol pertama buat Arsenal.

Belumpun sempat Bournemouth mengatur gerakan semula, Ramsey sekali lagi menjadi perancang untuk Oxlade Chamberlain yang berjaya menjaringkan gol pertama dalam liga sejak September 2014 dan juga gol pertamanya di tempat lawan sekali gus menjadikan kedudukan 2-0 buat Arsenal.

Bournemouth yang bermain di EPL buat kali pertama kekal di tangga ke-15 dan lima mata di atas zon penyingkiran.

Arsenal kini berkedudukan ketiga dengan 48 mata, Leicester City teratas selepas mengumpul 53 mata, manakala Tottenham Hotspur, kedua juga dengan 48 mata. – Reuters