Arsenal langkah kanan

Arsenal langkah kanan

GOTHENBURG, Sweden, 8 Ogos – Arsenal menghadapi penantian yang membimbangkan terhadap kecergasan Gabriel selepas pemain pertahanan itu diusung keluar dalam kemenangan 3-2 ke atas Manchester City dalam perlawanan pra musim di Sweden.

Sergio Aguero meledakkan pendahuluan City pada separuh masa pertama di Gothenburg, tetapi Arsenal kembali membalas jaringan menerusi Alex Iwobi, Theo Walcott dan Chuba Akpom sebelum Kelechi Iheanacho menjaringkan gol sagu hati.

Bagaimana pun, kecederaan kepada Gabriel pada akhir perlawanan menyaksikan pemain Brazil itu akan direhatkan pada awal musim Liga Perdana yang baru bersama dengan Per Mertesacker.

Pengurus pasukan Arsenal, Arsene Wenger berkata terlalu awal untuk mengetahui masalah itu, tetapi pengurus dari Perancis itu jelas bimbang mengenai kesihatan pemain pertahanan tersebut.

Aksi pemain hadapan Arsenal, Chuba Akpom (kanan) bersama penjaga gol Inggeris, Manchester City, Joe Hart pada perlawanan bola sepak persahabatan antara Arsenal dan Manchester City di Stadium Ullevi di Gothenburg, Ahad lalu. – AFP
Aksi pemain hadapan Arsenal, Chuba Akpom (kanan) bersama penjaga gol Inggeris, Manchester City, Joe Hart pada perlawanan bola sepak persahabatan antara Arsenal dan Manchester City di Stadium Ullevi di Gothenburg, Ahad lalu. – AFP

“Dia berada dalam kesakitan. Diharapkan kesakitan itu bukanlah petanda berita buruk,” Wenger memberitahu laman sesawang kelab Arsenal itu. “Kami belum membuat ujian dalam bilik perubatan bersama doctor atau pakar fisioterapi. Saya tidak dapat memberitahu anda lebih dari itu.”

Pemain antarabangsa Perancis, Laurent Kolscielny juga tidak akan beraksi dalam perlawanan pembukaan liga Gunners di lama sendiri menentang Liverpool pada Ahad depan, kerana belum mengadakan latihan penuh selepas membantu negaranya untuk mara ke final Euro 2016. – AFP