Arsenal mampu jadi juara – Wenger

Arsenal mampu jadi juara – Wenger

LIVERPOOL, 20 Mac (AFP) – Pengurus pasukan Arsenal, Arsene Wenger gembira dengan kemenangan pasukannya 2-0 di Everton dan percaya ia membuktikan bahawa mereka masih mampu untuk memenangi Liga Perdana.

Musim kelab dari Utara London itu terjejas minggu ini ketika kekalahan kepada Watford dan Barcelona menyaksikan pasukan kendalian Wenger itu tersingkir dari Piala FA dan Liga Juara–Juara.

Rentak liga mereka juga berbeza sejak pertukaran tahun dan mereka ketinggalan di belakang pendahulu Leicester City dan Tottenham Hotspur dalam perebutan bagi gelaran.

Prestasi kelab juga jelas terumbang ambing sejak permulaan tahun baharu dan kini ketinggalan jauh di belakang pendahulu, Leicester City dan Tottenham Hotspurs bagi pemburuan liga.

Bagaimana pun, persaingan semalam di Everton mungkin membuktikan memiliki kesan menyegarkan ketika jaringan separuh masa pertama dari Danny Welbeck dan Alex Iwobi, 19, sudah cukup bagi mereka untuk mengatasi halangan tuan rumah.

Welber (kanan) dan Phil Jagielka ketika beraksi dalam perlawanan tersebut. Arsenal membuktikan kemampuan untuk kembali merebut gelaran juara selepas membenam Everton 2-0. - Reuters
Welber (kanan) dan Phil Jagielka ketika beraksi dalam perlawanan tersebut. Arsenal membuktikan kemampuan untuk kembali merebut gelaran juara selepas membenam Everton 2-0. – Reuters

Kedua-dua gol yang dijaringkan adalah tipikal buat Arsenal, gabungan daripada kepantasan, hantaran bijak serta visi dan Wenger jelas teruja dengan apa yang ditampilkan pasukannya di Goodison Park itu.

“Saya tidak begitu selesa untuk menimbangkan kami sudah keluar daripada perlumbaan,” kata Wenger.

“Secara matematik, kami masih mempunyai peluang dengan berapa banyak lagi perlawanan di laman sendiri. Kami tidak berada dalam keadaan yang baik minggu ini, namun jika kami tidak percaya, tiada siapa yang akan melakukannya untuk kami.

“Kami perlu merendah diri dan berjuang dalam setiap perlawanan seperti hari ini (Sabtu). Kemudian kita tidak akan tahu. Kami memerlukan sebahagian persembahan dan sebahagian (pasukan lain yang melepaskan mata).”

Pemain muda kelahiran Nigeria, Iwobi yang lahir daripada akademi kelab itu turut mendapat pujian istimewa Wenger.

“Dia adalah budak yang bijak dan cintakan bola sepak. Dia amat menggemari permainan ini, berusaha untuk belajar, amat rendah diri juga,” katanya.

Welbeck menewaskan Joel Robles bagi jaringan pembukaan tujuh minit sebelum Iwobi menambah gol kedua hanya sebelum rehat, yang membuat larian ke gawang dan dengan tenang menjaringkan gol menerusi bola Hector Bellerin di atas gawang.