Arsenal Menang Mudah

Arsenal Menang Mudah

SINGAPURA, 16 Julai – Pemain remaja, Chuba Akpom menjaringkan hatrik ketika Arsenal mara ke final jemputan Trofi Asia Barclays menentang Everton dengan kemenangan 4-0 ke atas pasukan Pilihan Singapura di Stadium Nasional semalam.

Pemain antarabangsa bawah 20 tahun England itu meledakkan jaringan jarak dekat ketika perlawanan memasuki setengah jam, menyudahkan sepakan penalti pada minit ke-76 sebelum melengkapkan jaringan ketiganya empat minit kemudian bagi membolehkan pemegang Piala FA itu kemenangan pada perlawanan pertama pra musim mereka.

Jack Wilshere juga menyudahkan sepakan penalti ketika mereka bersedia bertembung menentang Everton Sabtu ini, yang menewaskan Stoke City dalam penentuan penalti awal perlawanan selepas seri.

Arsenal memecahkan kebuntuan selepas mengejar serangan mengejut tuan rumah setengah jam. Hantaran Alex Iwobi tepat kepada Wilshere di sudut kanan kotak penalti Singapura dan walaupun Baihakki Khaizan membuat tekal untuk menghentikan pemain antarabangsa England itu, Akpom mendapatkan bola liar itu dan menewaskan penjaga gol Izwan Mahbud dari jarak dekat.

Akpom hampir menambah jaringan untuk gol kedua pada minit ke-35 apabila Iwobi membolehkannya di depan tetapi Izwan segera keluar dari garisannya untuk menghentikan pergerakan pemain muda itu. Alex Oxlade-Chamberlain mampu menghantar bola untuk menewaskan Izwan dalam kedudukan satu lawan satu pada awal separuh masa kedua tetapi rembatannya dikeluarkan oleh Madhu Mohana.

Bagaimanapun, tekanan pasukan pelawat jelas apabila mereka mendapat sepakan penalti pada minit ke-61 selepas Mathiewu Debuchy dijatuhkan oleh cabaran Sirina Camara dan Wilshere tidak melakukan sebarang kesilapan apabila berjaya mengelirukan Izwan dengan tendangan penaltinya. – AFP

Pemain Pasukan Pilihan Singapura, Madhu Mohana (kanan) cuba menyaingi pemain Arsenal, Chuba Akpom (kiri) dalam aksi Trofi Barclays Asia di Stadium Nasional Singapura semalam. – AFP
Pemain Pasukan Pilihan Singapura, Madhu Mohana (kanan) cuba menyaingi pemain Arsenal, Chuba Akpom (kiri) dalam aksi Trofi Barclays Asia di Stadium Nasional Singapura semalam. – AFP