Arsenal perlu konsisten – Henry

Arsenal perlu konsisten – Henry

LONDON, 18 Jun (AFP) – Legenda Arsenal Thierry Henry menggesa bekas pasukannya untuk mencari konsistensi jika ingin mencabar penghormatan Liga Perdana Inggeris.

The Gunners telah memenangi Piala FA dua musim berturut-turut selepas menewaskan Aston Villa 4-0 pada final bulan lepas tetapi selesai di tempat ketiga dalam liga.

Arsenal belum lagi memberikan cabaran hebat untuk gelaran sejak mereka memenanginya pada 2004.

Henry merasakan kejayaan mereka yang muncul selepas kemarau trofi sembilan tahun, menunjukkan Gunners mempunyai kemampuan tetapi apa yang kurang adalah konsistensi.

“Ia adalah satu tugas yang sukar untuk memenangi Piala FA berturut-turut tetapi mereka telah melakukannya,” Henry memberitahu pemain Arsenal.

“Anda boleh lihat dari mula lagi (menentang Villa) bahawa Arsenal akan menang dan itu menjadikan peminat lebih mudah untuk menonton cuma kurang menghairahkan berbanding tahun sebelumnya.

“Kemajuan ada di situ dan sekarang apa yang kita tunggu adalah konsistensi dalam liga kerana itu sangat penting. Di situlah anda boleh menilai sesebuah pasukan dalam liga.

“Dengan itu juga, generasi kita bermula dengan memenangi piala dan kemudian memenangi dua gelaran dan kekal tanpa kalah. Itu harapan saya untuk apa yang perlu dilakukan kumpulan ini.”

Henry memenangi dua kejuaraan Liga Perdana, tiga kali Piala FA dan mara ke final Liga Juara-Juara pada 2004 semasa lapan tahun di Utara London.

ARTIKEL YANG SAMA