Arsenal rampas pendahulu EPL

Arsenal rampas pendahulu EPL

LONDON, 25 Okt (Reuters) – Dua gol dalam tempoh kurang seminit daripada Olivier Giroud dan Laurent Koscielny pada babak pertama perlawanan memastikan Arsenal mengutip tiga mata penuh selepas membenam Everton 2-1, semalam.

Kemenangan juga menyaksikan Arsenal kembali memimpin takhta pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) buat pertama kali selepas kali terakhir melakukannya pada Februari tahun lalu.

Tampil dengan semangat tinggi selepas melakar kemenangan bergaya 2-0 ke atas juara Jerman, Bayern Munich dalam kempen Liga Juara-Juara minggu ini, skuad bimbingan Arsene Wenger itu begitu pun terpaksa menunggu sehingga minit ke-36 sebelum meledak gol pertama.

Hasil hantaran menarik Mesut Ozil dari kanan padang, Giroud pantas menyambar bola bagi menewaskan penjaga gol Everton, Tim Howard.

Howard sekali tertewas dua minit kemudian juga menerusi tandukan pertahanan Arsenal, Koscielny.

Penyerang Arsenal, Olivier Giroud (dua dari kiri) bersaing dengan pemain midfield Everton, Brendan Galloway (kiri) pada perlawanan EPL di Stadium Emirates di London pada 24 Oktober 2015. – AFP
Penyerang Arsenal, Olivier Giroud (dua dari kiri) bersaing dengan pemain midfield Everton, Brendan Galloway (kiri) pada perlawanan EPL di Stadium Emirates di London pada 24 Oktober 2015. – AFP

Tersentak dengan jaringan pantas itu, Everton cuba bangkit dan gol yang diharapkan muncul menerusi Ross Barkley seminit sebelum babak pertama tamat.

Ketika peminat terus mengharapkan ada tambahan gol mampu dijaringkan pada babak pertama, kedua-dua pasukan terus buntu dengan Everton terpaksa beraksi 10 pemain apabila Gareth Barry diarah keluar padang pada minit ke-90.

Manchester City boleh merampas kembali takhta pendahulu EPL andai mencatat kemenangan pada perlawanan tetangga bertemu Manchester United, malam ini.

ARTIKEL YANG SAMA