Arsenal semak...

Arsenal semakin parah

WEST BROMWICH, United Kingdom, 19 Mac– Craig Dawson telah menjaringkan dua gol menerusi tandukan jarak dekat ketika West Bromwich Albion menambah tekanan ke atas pengurus Arsenal, Arsene Wenger dengan kemenangan 3-1 dalam aksi Liga Perdana semalam.

Dawson memberikan West Brom pendahuluan di minit ke-12, dengan pemain gantian, Robson-Kanu mengembalikan pendahuluan pasukan tuan rumah selepas Alexis Sanchez menyamakan kedudukan bagi Arsenal sebelum Dawson mendapat jaringan keduanya dengan perlawanan berbaki 15 minit.

Wenger berkata dia telah membuat keputusan mengenai masa depannya dan akan memaklumkannya tidak lama lagi.

Wenger mendedahkan selepas menyaksikan pasukan kendaliannya tewas 3-1 di West Bromwich Albion semalam di mana dia telah menentukan sama ada untuk terus kekal bersama Arsenal apabila kontraknya mansuh pada akhir musim ini.

Peminat-peminat menyelubungi pengurus dari Perancis itu di Hawthorns dengan pemidang ‘Wenger Keluar’, menyanyikan lagu anti-Wenger dan sebuah pesawat yang berlegar membawa pemidang meminta perletakan jawatannya.

Craig Dawson (tiga kanan) ketika menanduk masuk jaringan pertama West Brom ke atas Arsenal di Hawthorns. – AP
Craig Dawson (tiga kanan) ketika menanduk masuk jaringan pertama West Brom ke atas Arsenal di Hawthorns. – AP

Ia disusuli dengan sebuah lagi pesawat dengan pemidang pro-Wenger, tetapi dia masih mengalami aib daripada peminat–peminat yang membuat perjalanan dengan nyanyian ‘anda tidak tahu apa yang anda lakukan’ pada penghujung perlawanan.

Wenger sebelumnya berkata dia akan membuat keputusan mengenai masa depannya sebelum akhir kempen itu dan ia dilihat berita itu akan didedahkan pada masa terdekat.

“Saya tahu apa yang saya lakukan mengenai masa depan saya, jadi anda semua tidak lama lagi akan mengetahuinya, tidak lama,” katanya.

“Anda akan melihatnya. Hari ini saya tidak semestinya merasa bimbang mengenainya, kami berada dalam kedudukan teruk yang unik, yang tidak pernah dihadapi dalam tempoh 20 tahun.

“Kami tewas dari satu perlawanan ke satu perlawanan pada ketika ini dan bagi saya ia adalah lebih penting berbanding masa depan saya.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA