Arsenal tanpa Sanchez buka tirai EPL

Arsenal tanpa Sanchez buka tirai EPL

LONDON, 15 Julai – Bintang Chile, Alexis Sanchez tidak akan diturunkan Arsenal pada perlawanan pertama Liga Perdana Inggeris (EPL), musim ini selepas diberikan cuti tambahan susulan kejayaan di Copa America.

Pengendali Arsenal, Arsene Wenger berkata Sanchez akan kembali ke Emirates pada Ogos namun memerlukan masa untuk mendapat kecergasan penuh.

Sanchez dijangka akan terlepas perlawanan Piala Perisai Komuniti bertemu juara EPL, Chelsea di Wembley pada 2 Ogos serta perlawanan pembukaan liga bertemu West ham United.

Penyerang berkualiti tinggi itu menjaringkan gol menerusi penentuan penalti ketika final menentang Argentina yang menghadiahkan Chile kejuaraan pertama Copa.

“Alexis akan kembali pada 3 Ogos. Kebiasaannya, ia memerlukan tiga minggu untuk kembali bersaing. Begitupun, Alexis memerlukan masa kurang daripada itu. Dia sudah pasti terlepas aksi pertama,” kata Wenger.

Sanchez semasa menentang Uruguay dalam aksi Copa America 25 Jun lalu. – Reuters
Sanchez semasa menentang Uruguay dalam aksi Copa America 25 Jun lalu. – Reuters

“Dia adalah pemain yang penting kepada kami dan membuktikan dia memiliki mentaliti untuk menang apabila dia mengambil tanggungjawab menyempurnakan penalti terakhir pada final Copa America menentang Argentina.”

Sanchez, 26 muncul antara tonggak penting dalam kempen Arsenal musim lepas selepas membantu pasukannya menamatkan kempen liga di kedudukan ketiga.

Keinginan Arsenal untuk mencabar kejuaraan musim depan tambah membawa apabila berjaya mendapatkan khidmat penjaga gol Chelsea, Petr Cech ke Emirates.

“Benar tidak ramai pemain pemain meninggalkan Chelsea untuk menyertai Arsenal, namun perjanjian itu sendiri tidaklah begitu sukar.

“Keputusan itu sukar kerana saya merasakan kedua-dua penjaga gol kami melakukan tugas yang amat baik musim lepas, namun, kami boleh menambah pengalaman dan menguatkan kepercayaan dalam skuad ini.”

Penjaga gol penting buat Arsenal selepas kedua-dua penjaga gol utama kelab itu, David Ospina dan Wojciech Szczesny dikatakan menjadi punca kegagalan pasukan gagal mendapatkan keputusan lebih baik musim lepas. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA