Arsenal tekad akhiri penantian

Arsenal tekad akhiri penantian

LONDON, 6 Ogos – Ketika pemain Arsenal bergembira di bawah sinar matahari di Stadium Wembley dan lawan mereka berundur, amat mudah untuk membayangkan kejayaan Perisai Komuniti sebagai petanda kemuliaan Liga Perdana Inggeris.

Musuh ketat yang selalu menghadiahkan beberapa kekalahan menyakitkan kepada pasukan Arsene Wenger akhirnya dapat mengalami bagaimana rasa kecewa Gunner selepas pemegang Piala FA itu mempamerkan rentak bertenaga untuk memulakan langkah juara.

Tetapi dalam tempoh dua bulan selepas membelasah juara bertahan Manchester City 3-0 pada bulan Ogos 2014, cabaran Gunners dipersoalkan kerana Wenger gagal untuk mengukuhkan skuadnya.

Jadi 12 bulan selepas itu, dengan keyakinan yang besar sekali lagi di Stadium Emirates selepas menang 1-0 hujung minggu lepas ke atas juara Chelsea dalam Perisai Komuniti, antiklimaks kemenangan ke atas City seharusnya menjadi satu amaran.

Arsenal tahu mereka harus membuat permulaan pantas daripada tahun lepas untuk mengelak mengekori pemimpin dan pertahanan Per Mertesacker memberi amaran kepada rakan sepasukannya terhadap sikap terbawa-bawa.

“Kami mempunyai pra-musim yang hebat setakat ini dan telah memenangi Perisai Komuniti, tetapi apa-apa ramalan penting daripada permainan ini sangat sukar,” kata Mertesacker.

“Ia adalah satu ujian yang baik untuk kedua-dua pasukan seminggu sebelum musim bermula. Setiap orang perlu menyesuaikan diri sedikit sekarang. Kami cergas, jadi sama ada kami mengekalkannya dan bermula dengan baik musim ini menjadi kunci kepada kempen musim ini.” – AFP