Arsenal terus mara dalam saingan Piala FA

Arsenal terus mara dalam saingan Piala FA

LONDON, 10 Jan (Agensi) – Dua gol dalam tempoh tiga minit memberikan juara bertahan, Arsenal laluan ke pusingan keempat Piala FA selepas mengatasi pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL), Sunderland di Stadium Emirates, sebentar tadi.

The Gunners yang kini mendahului EPL ketinggalan pada minit ke-17 hasil jaringan Jeremain Lens namun lapan minit selepas itu, pemain Costa Rica, Joel Campbell menyamakan kedudukan.

Babak kedua saingan bola sepak tertua di England itu menyaksikan skuad kendalian Arsene Wenger memperkukuhkan barisan serangan namun mereka perlu menunggu hingga minit ke-73 sebelum Aaron Ramsey meledak untuk gol kedua pasukan.

Olivier Giroud ketika meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan. – Reuters
Olivier Giroud ketika meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan. – Reuters

Dua minit berselang, penjaring utama pasukan, Olivier Giroud turut mencatat namanya selaku penjaring menerusi satu gerakan cantik yang terus melebarkan penguasaan Arsenal dalam saingan dua pasukan liga utama itu.

Pasukan dari London itu kini mencari trofi ketiga berturut-turut selepas memenanginya pada 2014 dan 2015 dan sekiranya menang enam perlawanan hingga Mei ini, mereka akan menjadi pasukan pertama selepas Blackburn Rovers melakukannya pada 1886.

ARTIKEL YANG SAMA