Arsenal ‘terus mimpi’ rebut tempat kedua liga

Arsenal ‘terus mimpi’ rebut tempat kedua liga

LONDON, 9 Mei (AFP) – Arsenal masih berpeluang mengakhiri kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) di kedudukan kedua mengatasi musuh tetangga London, Tottenham Hotspurs selepas perlawanan terakhir musim, Ahad ini.

Kekalahan 2-1 Spurs di laman sendiri kepada Southampton, awal pagi tadi ketika Arsenal mengikat Manchester City 2-2 memberi peluang untuk The Gunners mengelak daripada berdepan ‘aib awal’ dengan kedua-duanya kini dibezakan dengan dua mata.

Arsenal sudah bertahun-tahun memalukan Tottenham dengan menyambut hari dipanggil St Totteringham Day iaitu tempoh di mana musuh tradisinya itu tidak lagi mampu mengatasi mereka dalam aksi liga.

“Ia adalah mata yang besar,” kata Wenger selepas perlawanan dengan City. “Kini kami perlu menamatkan kerja dan menang di laman sendiri. ‘

“Saya tidak kecewa kerana dua kali kami ketinggalan dan dua kali kami bangkit. Ia adalah perlawanan yang amat, amat tegang. Saya terkejut dengan tahap keamatan di awal permainan City.

Wenger tidak kecewa kerana pasukannya ketinggalan dua kali dan beliau kini fokus bagi memastikan kemenangan pasukannya di laman sendiri pada perlawanan akan datang. – AFP
Wenger tidak kecewa kerana pasukannya ketinggalan dua kali dan beliau kini fokus bagi memastikan kemenangan pasukannya di laman sendiri pada perlawanan akan datang. – AFP

“Kami menjangkakan perlawanan yang sengit namun mereka benar-benar keluar dan memberikan tekanan yang kuat,” kata pengurus kelahiran Perancis itu.

Sementara itu, Mauricio Pochettino berkata Tottenham perlu mula mengimpikan tujuan yang lebih besar berbanding menamatkan kedudukan di atas pasukan Arsenal jika mereka mahu memenangi Liga Perdana musim depan.

Biarpun tewas 2-1 menentang Southampton semalam, pasukan kendalian Pochettino masuk dalam laluan untuk menamatkan musim ini di depan pasukan jiran Arsenal yang dibenci buat kali pertama dalam tempoh 21 tahun.

Tottenham hanya dua mata di depan Arsenal dengan perbezaan jaringan besar.

Ia bermakna mereka hanya perlu menghindarkan kekalahan dalam perlawanan terakhir mereka musim ini pada Ahad depan di Newcastle untuk menamatkan keraian ‘St Totteringham’s Day” oleh peminat Arsenal setiap tahun kelab mereka pasti menamatkan di atas Tottenham.

Dengan Arsenal menjadi hos kepada Aston Villa yang sudah tersingkir dalam perlawanan hujung minggu depan, Tottenham tidak akan membiarkan bagi melihat segalanya sebagai satu jaminan di St James Park, tetapi mereka seharusnya memenangi penguasaan utara London buat kali pertama sejak 1995 dan menamatkan sebagai pasukan tangga kedua buat kali pertama sejak 1963.

Bagaimana pun, Pochettino bertegas dia tidak hirau dengan perbalahan bersama Arsenal kerana dia memberikan tumpuan ke atas perancangan yang lebih besar. “Saya tidak hirau mengenai Arsenal. Saya mahu memenangi liga, saya mahu berada di atas,’ kata Pochettino.

“Saya faham mengapa penyokong kami mahu menamatkan kedudukan di atas mereka. Tetapi kami perlu mencipta idea dan falsafah kami sendiri, kemudian pada akhirnya kami berada di atas Arsenal.

“Untuk cuba memperbaiki kami mahu melihat kepada diri kami sendiri dan menjadi lebih besar dan tidak menghiraukan mengenai jiran kami.”