Arsenal tewaskan pendahulu liga

Arsenal tewaskan pendahulu liga

LONDON, 14 Feb – Jaringan kemenangan penyerang Arsenal Danny Welbeck membuatkan kedudukan Leicester City mula goyah di persada liga apabila Arsenal menang 2-1 ke atas pasukan tersebut di Stadium Emirates, sebentar tadi.

Leicester City bermula garang pada perlawanan tersebut apabila mula berada di depan pada akhir babak pertama melalui jaringan penalti penyerang sensasi kelab tersebut Jamie Vardy.

Bagaimanapun, permainan Leicester mula goyah apabila pemain mereka Danny Simpson dibuang padang setelah dilayangkan kad kuning kedua pada minit ke-54 setelah mengasari salah seorang pemain Arsenal.

Arsenal mula mengatur langkah apabila pemain gantian Theo Walcott berjaya menyamakan kedudukan apabila berjaya mencari belakang gawang Leicester pada minit ke-71.

Pertahanan Leicester tidak dapat bertahan lama apabila pada minit-minit kecederaan, sepakan percuma Mesut Ozil dari luar petak D disambut baik oleh Danny Welbeck yang terus menanduk bola ke gawang.

Danny Welbeck meraikan jaringannya pada perlawanan tersebut. – Reuters
Danny Welbeck meraikan jaringannya pada perlawanan tersebut. – Reuters

Dengan kemenangan tersebut membuatkan Arsenal kini hampir dengan Leicester dengan hanya perbezaan dua mata. – Adiman HT

ARTIKEL YANG SAMA