Arsenal yakin menangi liga

Arsenal yakin menangi liga

LONDON, 4 Jan (Reuters) – Kemenangan Arsenal ke atas Newcastle United telah menimbulkan rasa yakin pengurusnya, Arsene Wenger bahawa kekuatan mental pasukannya akan membantu mereka meningkatkan cabaran mantap bagi gelaran Liga Perdana musim ini.

Pasukan Gunners itu menumpaskan Newcastle 1-0 pada Sabtu lalu untuk menaikkan kelebihan dua mata di atas tangga Liga Perdana dan pengurus berbangsa Perancis itu menganggap kemenangan itu sebagai bukti bahawa pasukannya telah memperoleh semangat yang mungkin tidak mereka miliki sebelum ini.

Kali terakhir Arsenal memenangi liga ini dalam tahun 2014, dua tahun sebelum beralih dari Highbury ke Stadium Emirates dan Wenger berkata kumpulan masa ini memiliki karisma yang membezakan mereka dari pasukannya dekad yang berselang.

“Saya berpendapat kami lebih berpengalaman dari pasukan yang pernah saya ada, apabila saya berpindah ke stadium di sini,” katanya memberitahu laman sesawang kelab itu.

“Pada era kami, kami boleh bermain di luar taman dan apabila terpaksa menimba pengalaman ia agak lebih sukar. Ia berbeza.

Arsene Wenger berjabat tangan dengan pengurus Crystal Palace selepas perlawanan di antara kedua-dua pasukan tamat. – Reuters
Arsene Wenger berjabat tangan dengan pengurus Crystal Palace selepas perlawanan di antara kedua-dua pasukan tamat. – Reuters

“Kami lebih dipersoalkan berhubung aspek itu daripada cara kami bermain bola sepak. Kini daripada segi pengalaman, kualiti sikap mereka, pasukan ini sentiasa memiliki karisma.

“Jika dilihat pada pasukan sebagai sebuah unit, ia seperti seseorang. Jika dilihat pada pasukan seperti seseorang, dan rasa yang muncul boleh dirasakan dalam tugas ini, jika kamu rasakannya atau tidak.

“Saya mesti katakan aspek lain pasukan dalam permainan seperti menentang Newcastle. Ia lebih aspek mental berjuang, jangan panik dan tunggu peluang anda.”

Dalam Per Mertesacker, Mesut Ozil, Alexis Sanchez, Petr Cech dan Olivier Giroud, Wenger mempunyai pengalaman teras pemain-pemain senior yang telah memenangi gelaran di bekas kelab mereka, yang seharusnya meletakkan Arsenal berguna ketika musim membina kemuncaknya.

Giroud, penjaring terbanyak Arsenal dengan 10 gol liga setakat ini, berkata pengalaman akan berperanan penting sama ada Gunners akan memenangi liga.

ARTIKEL YANG SAMA