Arshavin bakal gantung but

Arshavin bakal gantung but

MOSCOW, 1 Julai (Reuters) – Bekas kapten Rusia dan bintang Arsenal, Andrei Arshavin mungkin akan menggantung but selepas kontraknya bersama Zenit St Petersburg, berakhir.

Pemain berusia 34 tahun itu sudah mendapat tawaran untuk kekal bersama juara Rusia itu dengan peranan berbeza, namun dia masih belum membuat keputusan mengenai masa depannya.

Laman web rasmi Zenit (www.fc-zenit.ru) berkata Arshavin dan rakan sepasukan, Anatoly Tymoshchuk membawa kejayaan besar kepada kelab itu dan kedua-duanya ditawarkan tugas ‘di dalam sistem kelab itu’.

Bersama skuad kebangsaan Rusia, Arshavin yang meledak 17 gol daripada 74 perlawanan.

“Perasaan dan emosi saya bercampur-campur ketika ini,” katanya dipetik laporan akhbar Moskovsky Komsomolets.

Andrei Arshavin mungkin bersara selepas kontraknya bersama Zenit berakhir. – Reuters
Andrei Arshavin mungkin bersara selepas kontraknya bersama Zenit berakhir. – Reuters

“Saya tidak mahu bercakap mengenai apa yang belum berlaku lagi dan apa yang belum dapat ditentukan di masa depan.”

Arshavin menyertai Arsenal dari Zenit pada 2009 dan sudah bermain 105 perlawanan Liga Perdana Inggeris bersama kelab dari London itu.

Pada Februari 2012, dia kembali menyertai Zenit dan pada musim terakhirnya bersama kelab gergasi Rusia itu, dia membantu Zenit menjuarai gelaran Liga Perdana.