Arter puji ‘s...

Arter puji ‘sentuhan’ Guardiola

LONDON, 15 Feb – Midfield Bournemouth Harry Arter memuji ‘sentuhan sukar dipercayai’ Pep Guardiola apabila mengucapkan tahniah dan mengharapkan yang terbaik untuk beliau yang akan menyambut kelahiran anaknya minggu ini.

Pada Disember 2015, sebelum pengurus Man City itu tiba di England, anak Arter dan pasangannya meninggal dunia semasa lahir menyebabkan curahan simpati terhadap pemain tengah itu dan keluarganya.

Guardiola dilihat bercakap dengan Arter selepas City menewaskan Bournemouth 2-0 dalam aksi liga pada Isnin.

Sambil menjelaskan apa jurulatih Sepanyol itu katakan kepadanya, Arter memberitahu Daily Echo: “Amat menyentuh hati apabila dia berkata mengharapkan yang terbaik untuk saya dan pasangan saya minggu ini.

“Dia adalah seseorang yang saya amat hormati. Saya melihat pasukan Barcelona ​​dan melihat pasukannya Manchester City.

“Bagi saya, dia adalah pengurus terbaik di dunia. Saya tidak fikir ada sesiapa yang rapat dengan beliau dan melihat apa yang beliau capai.” – AFP