Arteta sambung kontrak Arsenal

Arteta sambung kontrak Arsenal

LONDON, 9 Julai (Reuters) – Kapten pasukan Arsenal, Mikel Arteta menandatangani kontrak selama setahun lagi dengan skuad The Gunners, umum kelab Liga Perdana Inggeris itu lewat malam tadi.

Pemain perancang Sepanyol berusia 33 tahun itu, menyertai kelab dari Utara London berkenaan daripada Everton pada 2011 dan sejak itu sudah beraksi sebanyak 136 kali termasuk memenangi kejuaraan Piala FA pada 2014 dan 2015.

“Pemain ini akan bersama kami selama setahun lagi selepas menyambung kontrak,” kata pengurus pasukan, Arsene Wenger menerusi laman kelab berkenaan, www.arsenal.com.

“Dia seorang daripada pemimpin kelab kerana dia kapten pasukan. Saya jangka dia bakal menyumbang lebih lagi berbanding musim lalu.

Mikel Arteta menandatangani kontrak setahun lagi bersama The Gunners. – Reuters
Mikel Arteta menandatangani kontrak setahun lagi bersama The Gunners. – Reuters

“Dengan jumlah aksi bakal dihadapi, kami akan menggunakan pengalaman, keazaman dan kualiti Arteta kerana ia sangat penting bagi musim depan.”

Arsenal akan berentap dengan juara EPL musim lalu, Chelsea di Stadium Wembley pada bulan depan bagi merebut Perisai Komuniti.