Arthur nafi bersalah

Arthur nafi bersalah

SEOUL, 23 Sept (AFP) – Seorang lelaki Amerika yang disyaki membunuh seorang pelajar kolej Korea Selatan pada tahun 1997 mengaku tidak bersalah ketika dia tiba di Seoul dengan kawalan semalam selepas diserahkan dari AS.

Arthur Patterson, 35 tahun dijangkakan berdepan perbicaraan atas tuduhan bahawa dia telah membunuh Jo Jung-Pil, yang ditikam beberapa kali dengan sebilah pisau di dalam tandas restoran makanan segera di daerah pusat hiburan , Itaewon, berhampiran pangkalan tentera AS di Seoul.

Rakaman yang disiarkan di televisyen menunjukkan Patterson dengan wajah bengis berjalan melalui pagar ketibaan di lapangan terbang Incheon, dengan tangannya bergari dan diiringi oleh pegawai Korea Selatan.

“Saya masih terkejut saya berada di sini,” Patterson memberitahu para pemberita, dan menafikan penglibatannya dalam pembunuhan itu. Anak kepada seorang kontraktor tentera Amerika itu baru berusia 17 tahun ketika jo dibunuh.

Dia pada awalnya dibicarakan sebagai rakan sejenayah, manakala seorang lelaki berketurunan Korea-Amerika yang berada di tempat kejadian itu didakwa dengan pembunuhan itu. Kedua-duanya menuduh orang lain membunuh Jo.

Pada tahun 1998, Patterson dibebaskan sebagai sebahagian dari pengampunan, tetapi dia kembali dituduh membunuh sekali lagi selepas Lee dibebaskan atas rayuan kerana ketiadaan bukti.

Patterson melarikan diri ke AS setahun kemudian selepas para penyiasat Seoul gagal membaharui tegahan perjalanannya – satu kesalahan yang mencetuskan kritikan.

Lebih 28,000 tentera AS secara kekal ditempatkan di Korea Selatan dan jenayah berkaitan dengan tentera AS dianggap isu sensitif.

Patterson secara rasmi didakwa dalam ketiadaannya dengan tuduhan pembunuhan Jo pada tahun 2011, dan prosiding penyerahan balik.

ARTIKEL YANG SAMA