Artifak India dikembalikan

Artifak India dikembalikan

WASHINGTON, 7 Jun – Amerika Syarikat telah mengembalikan lebih daripada 200 artifak berharga ke India semalam dalam satu majlis lawatan yang dihadiri oleh Perdana Menteri India, Narendra Modi, kata Jabatan Kehakiman.

Artifak yang dikembalikan termasuklah berupa pantung, gangsa dan kepingan terra-cotta – sebahagian daripada barangan tersebut berusia 2,000 tahun – yang ditemui dalam satu operasi yang melibatkan beberapa agensi kerajaan Amerika Syarikat.

“Amerika Syarikat komited untuk memastikan bahawa tidak ada negara yang merompak artifek yang diketahui identitinya, tradisi dan memberi inspirasi kepada rakyat,” kata Peguam Negara, Loretta Lynch pada majlis itu.

“Hari ini, sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan, lebih daripada 200 barangan antik dan artifak budaya yang berkaitan dengan sejarah dan melambangkan budaya yang cantik bersedia untuk dikembalikan.”

Peguam Negara Lorreta Lynch dan Narendra melihat patung Khajuraho, abad ke-12, yang dibuat daripada batu pasir merah semasa majlis menandakan penghantaran pulang lebih 200 artifak kepada kerajaan India, di Washington semalam. – AFP
Peguam Negara Lorreta Lynch dan Narendra melihat patung Khajuraho, abad ke-12, yang dibuat daripada batu pasir merah semasa majlis menandakan penghantaran pulang lebih 200 artifak kepada kerajaan India, di Washington semalam. – AFP

Kepingan termasuk patung Saint Manikkavichavakar dan penyair dari tempoh Chola (sekitar 850 AD 1250 AD) yang dicuri dari Kuil Sivan di Chennai, India, yang bernilai AS$1.5 juta.

Juga termasuk dalam koleksi ini adalah sebuah patung gangsa dewa Hindu Ganesh yang dianggarkan berusia 1,000 tahun.

Kebanyakan artifak telah dirampas dalam Operasi Idol secara rahsia pada tahun 2007.

Rompakan artifak tersebut dikaitkan dengan aktiviti-aktiviti peniaga seni yang berpangkalan di New York, Subhash Kapoor, yang kini menunggu perbicaraan di India atas tuduhan merampas barangan yang bernilai berpuluh-puluh juta dolar ‘barangan antik yang jarang ditemui dari beberapa negara, kata pihak berkuasa. – AFP