Artis cilik tarik perhatian

Artis cilik tarik perhatian

Oleh Faridah Haji Ibrahim

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Ogos – Penampilan seorang artis cilik yang comel adalah antara yang menarik perhatian ramai semasa Persembahan Kebudayaan Senandong Kasih di Pentas Perayaan di ibu negara, malam tadi.

Persembahan di Pentas Perayaan berhadapan dengan Bangunan Alat-alat Kebesaran Diraja, yang bermula jam 9 malam itu turut disertai Majlis Wanita Negara Brunei Darussalam (MWNBD).

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Yang Dipertua MWNBD, Datin Hajah Siti Hajar binti Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Awang Mohd Yusof.

Atur cara dimulakan dengan persembahan daripada persatuan-persatuan yang bergabung dengan MWNBD.

Sebanyak 20 persembahan pentas memeriahkan acara berkenaan, termasuk nyanyian, tarian oleh penari-penarik cilik serta persembahan mukun.

Anak comel ini juga bersemangat menyertai salah satu persembahan pentas.
Anak comel ini juga bersemangat menyertai salah satu persembahan pentas.
Datin Hajah Siti Hajar hadir selaku tetamu kehormat  menyaksikan persembahan Pentas Perayaan malam kelmarin.
Datin Hajah Siti Hajar hadir selaku tetamu kehormat menyaksikan persembahan Pentas Perayaan malam kelmarin.

ARTIKEL YANG SAMA