Artis seni Cuba menerima kemasyhuran dalam usia 101

Artis seni Cuba menerima kemasyhuran dalam usia 101

CUBA – Carmen Herrera telah mula melukis setelah beberapa dekad yang lalu namun ketika itu, beliau masih lagi belum dikenali malah tidak terkenal sebagaimana pelukis-pelukis yang lain. Namun di dalam usia 89 tahun, beliau akhirnya berjaya menjual sesuatu daripada hasil tangannya. Namun sekarang di usia 101 tahun, satu pengiktirafan telah diberikan kepada beliau di mana kebanyakan kerja-kerja seni beliau telah dipamerkan di sebuah muzium di Amerika Syarikat.

Kebanyakan seni lukisan beliau telah dipamerkan di Muzium Seni Whitney Amerika malah sebuah dokumentari tentang perjalanan hidup beliau akan bakal menemui orang ramai pada tahun 2017 ini di New York. Pada awal pembabitan beliau dalam bidang seni, nama beliau tidaklah sehebat pelukis-pelukis yang lain namun kerjaya beliau dalam bidang lukisan meninggalkan kesan yang amat mendalam khususnya dalam ‘Gangbusters’. “Ia adalah mengenai masa dan hasilnya telah meluahkan hasil serta terlalu lama. Ia adalah satu penghargaan yang besar bagi saya,” kata Herrera dalam satu temu bual bersama wartawan AFP di pangsapuri dan studio milik beliau di Union Square di mana beliau tinggal selama hampir 50 tahun.

Herrera dilahirkan di Cuba pada tahun 1915 kepada ibu bapa yang berkerjaya sebagai seorang wartawan. Beliau mula mempelajari bidang lukisan ketika masih kecil lagi dan telah mengembara ke Paris untuk menyambung pelajaran dalam bidang itu. Beliau kemudiannya mula mempelajari bidang seni bina di Universiti Havana. Sebagai seorang anak wanita yang amat mencintai bidang lukisan dan cinta terhadap seorang lelaki. Herrera telah berkahwin dengan Jesse Loewenthal yang telah bertugas di Cuba dan mengajar bahasa Inggeris di sebuah institusi ketika melawat Cuba. Herrera telah berpindah ke Manhattan bersama suaminya dan terus mempelajari bidang seni lukisan.

Kebanyakan kerja-kerja seni beliau berunsurkan abstrak, ringkas dan sederhana namun masih menunjukkan gabungan warna yang terang dan penggunaan warna yang pelbagai. Sesetengan artis berpendapat bahawa idea Herrera bukanlah sebesar yang mana apatah lagi beliau sering mengelak untuk ditemu ramah dan berbual mengenai dengan seni.

“Lukisan saya, itulah lukisan saya. Tidak ada unsur-unsur penerapan perasaan di dalamnya malah penerapan sebegitu sebenarnya tidak baik,” kata Herrera sambil ketawa, enggan menjelaskan apakah maksud di sebalik ke semua lukisan itu.

Namun kini, artis seni itu sudah kelihatan sangat tua dan tidak mempunyai anak. Beliau kini menggunakan kerusi roda untuk pergi ke satu tempat ke satu tempat yang lain. – AFP
Namun kini, artis seni itu sudah kelihatan sangat tua dan tidak mempunyai anak. Beliau kini menggunakan kerusi roda untuk pergi ke satu tempat ke satu tempat yang lain. – AFP
Pada awal pembabitan beliau dalam bidang seni, nama beliau tidaklah sehebat pelukis-pelukis yang lain namun kerjaya beliau dalam bidang lukisan meninggalkan kesan yang amat mendalam. – AFP
Pada awal pembabitan beliau dalam bidang seni, nama beliau tidaklah sehebat pelukis-pelukis yang lain namun kerjaya beliau dalam bidang lukisan meninggalkan kesan yang amat mendalam. – AFP

Seorang wanita Latin

Suami beliau telah meninggal dunia pada tahun 2000 pada usia 98 tahun. Suami beliau sering menggalakkan beliau untuk terus aktif mencat lukisan setiap hari walaupun ketiadaan dirinya disisi Herrera. “Tidak ada sesiapa yang mampu untuk memberikan perhatian terhadap saya malah tidak ada sesiapa pun mengenali diri saya,” kata Herrera sedih mengenang kembali rona kehidupan beliau sebelum bergelar seorang seni yang dikenali. “Saya pernah disingkirkan dan tidak diberikan peluang kerana saya seorang wanita Latin,” tambahnya lagi kepada wartawan AFP.

“Walaupun kebanyakan seni Herrera tidak pernah berubah namun sekeliling beliau tetap berubah. Tiba-tiba dunia sudah bersedia untuk menerima seni beliau dan telah berusaha untuk mengumpul hasil seninya malah kebanyakan mereka yang menolong mempertingkatkan usaha untuk memperkenalkan seni Herrera adalah kaum wanita dan wanita telah berkumpul dan membantu sesama yang lain,” kata Tony Bechara, seorang artis seni dari Puerto Rico dan jiran kepada Herrera di New York.

Namun kini, artis seni itu sudah kelihatan sangat tua dan tidak mempunyai anak. Beliau kini menggunakan kerusi roda untuk pergi ke satu tempat ke satu tempat yang lain dan menghadapi penyakit artritis serta mengalami masalah pendengaran. Namun pada bulan September yang lalu, beliau telah berupaya menghadiri pembukaan rasmi pameran seni beliau di Muzium Seni Whitney di New York.

Dalam keadaan huru hara

Walaupun tinggal bersama dengan suaminya di Paris selepas sahaja peperangan dunia ke II, Herrera telah menyertai beberapa persatuan seni abstrak yang dipanggil sebagai Salon des Realites Nouvelles dan membangunkan satu corak yang menakjubkan. Beliau bijak dalam menggunakan barisan dan penggunaan cat dalam menghasilkan satu seni yang cantik dan menawan. “Tidak lama lagi, The 100 Years Show yang telah diarahkan oleh Alison Klayman akan dikeluarkan pada 11 Januari ini di Forum Filem di Manhattan.

Salah satu lukisan abstrak beliau pada tahun 1954 telah dikembalikan semula di New York setelah tidak mendapat sambutan yang baik daripada beberapa peminat seni dan ketika itu, seni abstrak telah didominasi oleh kaum lelaki. Gallery Lisson London, yang mempunyai cawangan di Chelsea mula menunjukkan kerja Herrera pada 10 tahun yang lalu.

Hasil seni Herrera telah berjaya dijual untuk pertama kali pada tahun 2004. Sejak itu, kerja-kerja seni beliau telah ditunjukkan di Muzium Seni Moden, Muzium Hirshhorn di Washington DC, Tate Modern di London dan di Whitney, New York. Namun Herrera masih lagi belum dapat pengiktirafan malah kebanyakan artis-artis kemudian telah meraih pengiktirafan pada sekitar tahun 1950an dan 1960an.

Oleh itu sekarang, Herrera boleh membayar seseorang untuk membantu beliau dalam studio beliau manakala yang lainnya membantu kesejahteraan beliau. Tidak lama sebelum melangkah ke umur 100 tahun, Herrera telah menjadi seorang vegetarian. Setiap hari, pada tengah hari, beliau akan meminum minuman sayur. Apakah rahsia beliau mencapai umur 100 tahun? “Sebenarnya, tidak ada rahsia, apa yang saya lakukan setiap hari, itu lah yang saya lakukan setiap hari, saya bangun, makan sarapan dan pergi kerja, itu saja,” tambah Herrera mengakhiri temu ramah. – AFP