Artis tempatan diundang TVRI

Artis tempatan diundang TVRI

Oleh Imelda Groves HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Okt – Tiga artis tempatan berlepas ke Jakarta hari ini setelah diundang sebagai tetamu khas dalam sebuah rancangan hiburan untuk menyanyikan lagu genre 80an Indonesia, yang diterbitkan secara langsung melalui Stesen Televisyen Republik Indonesia (TVRI), Ahad ini.

Tiga artis tersebut iaitu Awang Rosman Masri, Haji Yunus Haji Salleh dan Datin Anastasya berserta Pengurus, Dayang Nabilla Puteri binti DP Haji Sumadi, bertolak ke Jakarta pagi tadi.

Mereka akan muncul dalam rancangan ‘Delapan Puluhan’ dan setiap penyanyi akan menyanyikan sebuah lagu 80an Indonesia. Rancangan tersebut akan disiarkan secara langsung oleh TVRI pada Ahad, 16 Oktober 2016, jam 10 malam waktu Brunei.

Penyanyi veteran terkenal Indonesia, Hetty Koes Endang juga antara barisan artis Indonesia yang akan menyerikan rancangan itu nanti.Rancangan Delapan Puluhan akan mengundang lagi artis-artis tempatan Brunei setiap bulan yang bermula pada bulan ini. Berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei pagi ini untuk memberikan sokongan penuh kepada mereka ialah Kumpulan Otai Kilauan Emas yang diketuai oleh penyanyi veteran Brunei, Haslinda Taib dan suami.

Artis tempatan negara berlepas ke Jakarta bagi mengikuti rancangan hiburan di Stesen Televisyen Republik Indonesia (TVRI), malam esok.
Artis tempatan negara berlepas ke Jakarta bagi mengikuti rancangan hiburan di Stesen Televisyen Republik Indonesia (TVRI), malam esok.

ARTIKEL YANG SAMA