AS akan bantu Nigeria

AS akan bantu Nigeria

WASHINGTON, 19 Julai – Amerika Syarikat akan menawarkan untuk membantu ketua baru Nigeria untuk mengesan berbilion dolar aset yang dicuri dan meningkatkan bantuan tentera Amerika Syarikat (AS) bagi memerangi militan Islam, menurut pegawai AS, ketika Washington berusaha untuk ‘membetulkan semula’ hubungan dengan ekonomi terbesar Afrika.

Lawatan minggu hadapan ke Washington oleh Presiden Muhammadu Buhari telah dikaji oleh pentadbiran AS sebagai satu peluang untuk menetapkan perjanjian bagi memperbaiki hubungan sejak dia memenangi pilihan raya Mac yang dialu-alukan sebagai peralihan kuasa demokratik pertama Nigeria dalam masa berdekad-dekad.

Kerjasama Amerika Syarikat dengan ketua sebelum Buhari, Goodluck Jonathan, hampir-hampir gagal berhubung isu termasuk keengganannya untuk menyiasat rasuah dan menyalahi hak asasi kemanusiaan oleh tentera Nigeria.

“Presiden Barack Obama sudah lama melihat Nigeria sebagai negara yang sangat strategik di sub-Sahara Afrika,” Timbalan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Tony Blinken memberitahu Reuters.

“Persoalannya adakah akan ada peluang untuk memperkukuhkan penglibatan kami dan peluangnya sekarang.”

Hubungan yang dipertingkatkan dengan Nigeria, pengeluar minyak terbesar Afrika, muncul ketika hubungan AS telah mulai mesra dengan dua kuasa lain Afrika – Mesir dan Afrika Selatan.

Pegawai AS telah mengatakan mereka sedia untuk menghantar pelatih tentera untuk membantu Nigeria menangani pemberontakan utara enam tahun lama-nya oleh pergerakan Islamis Boko Haram.

Sejak pilihan raya Buhari, Washington telah menyalurkan sebanyak $5 juta dalam bantuan baru bagi pasukan petugas multinasional untuk memerangi kumpulan itu. Ini adalah tambahan kepada sekurang-kurangnya $34 juta ia salurkan kepada Nigeria, Chad, Cameroon dan Niger bagi peralatan dan logistik.

Langkah Buhari pada 13 Julai untuk memecat ketua yang dilantik oleh Jonathan memberi ruang yang banyak kepada kerjasama tentera, menurut pegawai AS.

“Kami telah menjadikan ia jelas bahawa perkara tambahan boleh dilakukan termasuk kini bahawa terdapat satu kepimpinan tentera baru telah ditempatkan,” kata pegawai kanan AS. – Reuters