AS akan jadi tuan rumah bagi para pemimpin ASEAN pada Februari

AS akan jadi tuan rumah bagi para pemimpin ASEAN pada Februari

WASHINGTON, 31 Dis (dpa) – Amerika Syarikat (AS) akan menjadi tuan rumah pada mesyuarat Februari bersama para pemimpin dari Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) buat pertama kalinya, menurut Rumah Putih lewat kelmarin, di tengah-tengah ketegangan memuncak bersama China berhubung pertikaian wilayah maritim.

Presiden Barack Obama akan menjadi tuan rumah bagi sidang kemuncak 15-16 Februari di Rancho Mirage, California, bagi apa yang Rumah Putih gelar sebagai satu ‘perhimpunan tidak pernah berlaku dahulu’.

Mesyuarat itu dihasratkan untuk membina ‘rakan kongsi yang lebih rapat yang AS telah jalin bersama ASEAN sejak 2009, dan seterusnya akan meningkatkan pengimbangan semula pentadbiran ke Asia dan Pasifik,” menurut Rumah Putih.

Pertikaian wilayah berhubung Laut China Selatan, yang China dakwa hampir keseluruhannya bertentangan dengan harapan beberapa negara-negara kecil di rantau itu, telah membayangi perhimpunan ASEAN baru-baru ini.

Mesyuarat itu ‘akan menyediakan kepada pemimpin-pemimpin satu forum untuk memperkukuhkan kerjasama’ di bawah rakan kongsi strategik AS-ASEAN dalam isu politik, keselamatan, dan ekonomi, yang dilancarkan pada November di Kuala Lumpur, menurut Rumah Putih.