AS, Arab Saudi gesa antarabangsa tangani konflik Syria

AS, Arab Saudi gesa antarabangsa tangani konflik Syria

RIYADH, 25 Okt (AFP) – Setiausaha AS, John Kerry dan Raja Salman Arab Saudi semalam menggesa usaha antarabangsa yang lebih besar untuk mengembalikan kestabilan kepada Syria tanpa campur tangan presidennya, Bashar Al Assad.

Menurut jurucakap Jabatan Negara John Kirby, kedua-dua negara itu menyokong matlamat untuk menyatukan dan mengembalikan kestabilan kepada semua rakyat Syria.

“Kedua-dua pihak menyatakan kepentingan untuk menggerakkan masyarakat antarabangsa bagi menyokong matlamat ini dan bercakap tentang keperluan untuk peralihan dari Assad.

Kerry terbang ke Riyadh dari Amman selepas mengadakan perbincangan berasingan dengan Raja Jordan, Raja Abdullah II dan Presiden Palestin, Mahmud Abbas mengenai pergolakan yang berlaku di antara Palestin dan Israel, yang tidak menunjukkan sebarang petanda yang baik.

Washington dan Riyadh adalah sebahagian daripada pakatan yang diketuai AS pada tahun lepas melancarkan serangan udara yang menyasarkan kumpulan jihad Negara Islam yang mengawal wilayah di Syria dan jiran Iraq.