AS-ASEAN promosi kedamaian serantau

AS-ASEAN promosi kedamaian serantau

Gambar oleh Infofoto

CALIFORNIA, 16 Feb – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam hari ini berkenan berangkat menghadiri Majlis Santap Malam yang diselajurkan dengan sesi perbincangan di mana para pemimpin menyeru untuk mengukuhkan hubungan Amerika Syarikat (AS)-ASEAN ke arah mempromosi kedamaian, kestabilan dan kesejahteraan serantau.

Majlis tersebut diadakan di Living Room, Sunnylands Historic Home, Sunnylands Center and Gardens.

Keberangkatan tiba Baginda ke majlis berkenaan dijunjung oleh Ketua Protokol, Amerika Syarikat, Ambassador Peter Selfridge.

Sebelum majlis tersebut bermula, Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan para pemimpin ASEAN yang lain diraikan dengan Majlis Resepsi.

Baginda Sultan semasa berangkat menghadiri Majlis Santap Malam yang diselajurkan dengan sesi perbincangan kelmarin.
Baginda Sultan semasa berangkat menghadiri Majlis Santap Malam yang diselajurkan dengan sesi perbincangan kelmarin.

Semasa Majlis Santap Malam, para pemimpin mengadakan perbincangan strategik mengenai rantau Asia-Pasifik termasuk penglibatan AS dan mendokong Komuniti ASEAN; serta penekanan bagi ASEAN sebagai tumpuan utama, dan menegakkan mekanisme-mekanisme yang diterajui oleh ASEAN dalam suasana rantau yang berubah.

Para pemimpin membincangkan beberapa cara penyelesaian bagi menangani cabaran-cabaran yang dikongsisama ke arah kedamaian dan kestabilan serantau.

ARTIKEL YANG SAMA