AS, Australia bakal adakan latihan tentera bersama

AS, Australia bakal adakan latihan tentera bersama

SYDNEY, 19 Julai – Pasukan tentera AS dan Australia merancang meningkatkan latihan supaya mereka ‘bersiap sedia sepenuhnya’ untuk menghadapi cabaran di Pasifik, Timbalan Presiden AS Joe Biden berkata hari ini di tengah ketegangan meningkat berhubung tuntutan Beijing di Laut China Selatan.

Bercakap di Sydney selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Malcolm Turnbull, Biden berkata kedua-dua negara adalah ‘persaudaraan sejati’ yang komited untuk memastikan laluan laut terbuka dan ruang udara bebas bagi pengemudian.”

“Ia adalah nadi perdagangan dan pertumbuhan ekonomi di seluruh dunia,” Biden berkata selepas perintah tribunal yang disokong PBB pada minggu lalu ke atas tuntutan Beijing di perairan yang dipertikaikan itu.

Beijing menegaskan kedaulatan ke atas hampir kesemua Laut China Selatan, di sebalik tuntutan bersaingan dari jiran-jirannya di Asia Tenggara – terutamanya sekutu AS iaitu Filipina, yang membawa kes itu ke Mahkamah Tetap Penimbangtaraan Hague.

AS, seperti Australia tidak ada tuntutan ke atas Laut China Selatan, tetapi menegaskan semua perkapalan berhak melalui laut itu yang dianggapnya perairan antarabangsa.

“Kami juga membincangkan langkah yang diambil oleh Australia dan AS, supaya tentera kami boleh berlatih bersama-sama dan meningkatkan saling kendali supaya kami bersedia sepenuhnya untuk memberi respons kepada sebarang cabaran, di Pasifik dengan barisan bersatu,” kata Biden lagi.

“Adalah penting untuk bersatu,” tambahnya, ketika dia menekankan bahawa AS adalah sebuah kuasa Pasifik dan berhasrat untuk terus begitu.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA