AS bekukan aset keluarga kaya di Honduras

AS bekukan aset keluarga kaya di Honduras

SAN MANUEL, Honduras, 3 Nov (AFP) – Lebih daripada 10,000 buaya hampir mati akibat kelaparan di sebuah ladang di Honduras selepas aset sebuah keluarga kaya yang menternak haiwan tersebut dibekukan oleh Amerika Syarikat atas tuduhan melakukan kegiatan pengedar an dadah dan sindiket wang haram.

Wartawan AFP telah melawat tempat penternakan haiwan itu yang dipanggil Cocodrilos Continental, di San Manuel berhampiran bandar San Pedro Sula, menyaksikan tujuh ekor ekor singa dengan keadaan kurus kering di simpan di dalam sangkar.

“Buaya dan singa hampir mati kelaparan, dan kami juga tidak menerima bayaran sejak dua minggu lalu” kata seorang pekerja di tempat itu.

“Empat puluh ekor haiwan telah pun meninggal dunia. Mereka dibawa ke dalam kotak lori untuk dikebumikan,” katanya.

Ladang ini dimiliki oleh keluarga Rosenthal, sebuah keluarga yang mempunyai pengaruh yang besar di Honduras dengan memeliki beberapa kepentingan yang merangkumi perbankan, media, hartanah, pelancongan, ternakan dan pertanian.

Pada 7 Oktober lalu, Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat berkata ia menyasarkan ahli kelaurga itu atas tuduhan ‘melakukan aktiviti pengedaran dadah dan sindiket wang haram”.

Aset keluarga itu dibekukan dan ahli perniagaan di Amerika Syarikat dihalang daripada membuat apa-apa urusan dengan mereka. Pembekuan tersebut memberi kesan kepada Banco Continental milik mereka. Sebuah akhbar yang dimiliki mereka juga telah ditutup.

ARTIKEL YANG SAMA