AS belasah Trinidad 4-0

AS belasah Trinidad 4-0

JAKCSONVILLE, 7 Sept – Penyerang Jozy Altidore menjaringkan dua gol ketika pasukan dari Amerika Syarikat (AS) membenam Trinidad & Tobago 4-0 semalam untuk menempah tempat ke pusingan akhir kelayakan Piala Dunia 2018 rantau rantau Amerika Tengah, Amerika Utara dan Caribbean (CONCACAF).

Altidore menjaringkan dua gol dalam tempoh empat minit pada pertengahan separuh masa kedua, pada setiap separuh menerusi Sacha Kljestan dan pemain gantian Paul Arriola untuk mengesahkan kemenangan pasukan tuan rumah EverBank Field di Jacksonville, Florida.

Pasukan Jurgen Klinsmann itu hanya memerlukan satu mata untuk memastikan kemaraan ke pusingan kelayakan terakhir CONCACAF.

Bagaimana pasukan AS yang merasa yakin, menurunkan pemain berusia 17 tahun Christian Pulisic, mengawal permainan pasukan pesaing Kumpulan C mereka.

AS mendahului pada minit ke-44 apabila permainan menarik ke sudut kiri melibatkan Fabian Johnson, Kljestan dan Pulisic meletakkan kekeliruan dalam kotak penalti pasukan Trinidad.

Pemain Trinidad & Tobago, Levi Garcia (16) dan pemain AS Jozy Altidore (17) bersaing untuk menguasai bola dalam aksi kelayakan Piala Dunia rantau CONCACAF di Jacksonville, Florida kelmarin. – AP
Pemain Trinidad & Tobago, Levi Garcia (16) dan pemain AS Jozy Altidore (17) bersaing untuk menguasai bola dalam aksi kelayakan Piala Dunia rantau CONCACAF di Jacksonville, Florida kelmarin. – AP

Khaleem Hyland mengeluarkan bola hantaran leret Pulisic, yang menyaksikan bola tepat kepada Kljestan yang pantas menyudahkan sepakan.

Pemain pertahanan Borussia Monchengladbach, Johnson terlibat dalam penguasaan itu bagi gol kedua pada minit ke-59, hantarannya mendapatkan Altidore di dalam kawasan penalti.

Altidore menunjukkan kedudukan yang hebat untuk meninggalkan pertahanan Mekeil Williams sebelum melepaskan rembatan leret di sudut kiri.

Empat minit kemudian dan kedudukan bertukar 3-0.

Gandingan bijak Kljestan dan Pulisic menyaksikan pemain remaja Borussi Dortmund itu meluru ke kiri dan mendapatkan Altidore untuk menyudahkan rembatan jarak dekat. – AFP