AS benam China 107-57

AS benam China 107-57

SAN FRANCISCO, 28 Julai – Amerika Syarikat (AS), mempamerkan belang menjelang usaha mereka bagi memenangi pingat emas bola keranjang lelaki Olimpik, meletakkan satu lagi kelas terbaik semalam dalam kemenangan 107-57 ke atas China di Oakland, California.

Kesukaran itu keluar dari kedudukan bagi Kevin Durant di Oracle Arena, tempat bagi pasukan barunya Golden State Warriors.

Durant menggegarkan NBA dengan keputusannya meninggalkan Oklahoma City Thunder bagi Warriors sebagai bebas ejen, dan menerima sorakan gemuruh dari peminat tempat sendirei.

‘KD’ menerima tepukan gemuruh ketika perkenalan pra perlawanan – keceriaan bergema lebih lama berbanding bagi bintang Warriors, Klay Thompson dan Draymond Green.

Durant mencatatkan tiga mata tujuh saat sebelum tamat pertandingan dan disusuli dengan dunk ketika dia menjaringkan 10 mata pertama bagi pasukan AS.

Aksi Kevin ketika dalam perlawanan menentang Pasukan Kebangsaan China pada separuh masa pertama perlawanan di ORACLE Arena di Oakland, California. – AFP
Aksi Kevin ketika dalam perlawanan menentang Pasukan Kebangsaan China pada separuh masa pertama perlawanan di ORACLE Arena di Oakland, California. – AFP

Dia menamatkan dengan 13 dalam satu perlawanan di mana AS menguasai ketika mereka mencatatkan kemenangan 106-57 ke atas China di Los Angeles pada Ahad lalu.

DeMarcus Cousin mengetuai AS de-ngan 21 mata dan 11 rebounds. Carmelo Anthony, pada usia 32, pemain tertua dalam skuad dan veteran dari dua kejayaan Olimpik lalu mereka begitu juga dengan kemenangan pingat gangsa pada 2004, menambah 20 mata, 16 darinya pada suku ketiga.

Pasukan AS mendapatkan setengah dari jaringan mereka, 36 dari 72, dari persaingan itu dan menguasai China kepada 40 peratus.

Kedua buah pasukan akan bertemu pada 6 Ogos di Rio de Janeiro, dalam perlawanan pembukaan bagi keduanya. – AFP