AS benam Costa Rica 4-0

AS benam Costa Rica 4-0

CHICAGO, 8 Jun – Clint Dempsey menjaringkan gol peribadi antarabangsa ke-50 ketika membantu Amerika Syarikat (AS) kembali menghidupkan peluang ke pusingan kalah mati apabila menewaskan Costa Rica 4-0, di sini, sebentar tadi.

Kemenangan itu juga meredakan tekanan yang dialami jurulatih, Jurgen Klinsmann selepas anak buahnya tewas kepada Colombio 0-2 pada aksi pembukaan Kumpulan A, Sabtu lalu.

Dempsey tidak menunggu lama untuk membuka tirai jaringan apabila tenang menyudahkan sepakan penalti yang diperoleh pada minit kesembilan sebelum Jermaine Jones (37) dan Bobby Wood (42) masing-masing meledak satu gol sebelum tamat babak pertama.

Clint Dempsey mengatur serangan bagi pasukan Amerika Syarikat. – AFP
Clint Dempsey mengatur serangan bagi pasukan Amerika Syarikat. – AFP

pg22_160609_CopaAmericaLogo

Pemain gantian, Graham Zusi melengkapkan kemenangan AS apabila menjaringkan gol keempat pasukan itu ketika perlawanan berbaki tiga minit lagi.

Yang pasti, kemenangan itu memberi kelegaan buat Klinsmann yang sering dikritik sejak 18 bulan lalu selepas aksi hambar anak buahnya dalam perlawanan kompetitif.

Bagaimanapun, pengendali berkenaan tampak tidak mempedulikan segala kritikan yang dilemparkan ke atas dirinya apabila menurunkan kesebelasan utama yang sama ketika tewas kepada Colombia.

Bagaimanapun, kepercayaan diberikan Klinsmann terhadap barisan pemainnya membuahkan hasil positif apabila pasukan meledak tiga gol pada babak pertama. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA