AS benam Serbia

AS benam Serbia

RIO DE JANEIRO, 23 Ogos – Melengkapkan persaingan tanpa kalah ketiga berturut –turut untuk memenangi pingat emas, pasukan AS menewaskan Serbia 96-66 dalam perlawanan bola keranjang Sukan Rio pada Ahad lalu untuk memenangi gelaran Olimpik keenam dengan bakat NBA dalam tujuh percubaan.

Kevin Durant menjaringkan 18 dari 30 mata pada suku kedua untuk menguasai persaingan, yang melanjutkan kemenbangan Olimpik AS kepada 25 perlawanan dan rekod tanpa kalah selama sedekad kepada 76 dalam apa yang dilihat perlawanan pingat emas terakhir Sukan itu.

Dengan kemenangan itu, pemain penyerang AS, Anthony menjadi lelaki pertama dengan tiga pingat emas Olimpik dalam bola keranjang. Dia bersama dalam pasukan itu apda 2004 yang hanya memenangi pingat gangsa, keputusan yang mencetuskan penyusunan semula program AS yang mencatatkan rekod tanpa kalah dalam Sukan sejak itu.

‘Ia adalah masa yang istimewa bagi saya,’ kata Anthony, 32, mengenai pingat emas ketiganya. Dia mengetepikan untuk kembali bagi Tokyo 2020.

pg23_160824_olympic logo

Aksi pemain AS, DeAndre Jordan (6) semasa menentang Serbia bagi merebut pingat emas dalam acara bola keranjang lelaki Sukan Olimpik di Rio de Janeiro, Brazil. – AP
Aksi pemain AS, DeAndre Jordan (6) semasa menentang Serbia bagi merebut pingat emas dalam acara bola keranjang lelaki Sukan Olimpik di Rio de Janeiro, Brazil. – AP

‘Saya tahu ini adalah yang terakhir. Hanya ini untuk saya. Saya komited dengan ini pada ’04. saya telah melihat keadaan yang buruk dan saya melihat yang terbaik. Saya berada di sini hari ini dengan tiga pingat emas.”

Ia adalah pingat emas ke 15 bola keranjang pasukan lelaki AS pada keseluruhannya sejak sukan itu kali pertama dimasukkan dalam Olimpik pada 1936. Ia juga perlawanan terakhir bagi jurulatih AS, Mike Krzyzewski, yang akan digantikan oleh jurulatih San Antonio, Gregg Popovich.

Serbia mendahului 14-11 dengan perlawanan berbaki 3:12 pada suku pertama apabila pasukan AS, yang memulakan perlawanan berjaya mencatatkan 5 dari 17 lontaran, memulakan dengan 32-8 untuk memulakannya. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA