AS benam Venezuela 4-0

AS benam Venezuela 4-0

CHICAGO, 31 Julai – Kyrie Irving menjaringkan 13 mata ketika pasukan bola keranjang AS, memperbaiki kedudukan 4-0 dalam persediaan mereka bagi Olimpik Rio dengan kemenangan 80-45 ke atas Venezuela pada Jumaat lalu.

Klay Thompson juga menjaringkan 13 mata bagi pasukan AS, yang mencatatkan kemenangan biarpun membuat jaringan 42.4 peratus, di bawah perkadaran 49.8 peratus ke atas tiga perlawanan persediaan pertama mereka.

Pasukan AS juga melakukan 13 turnover dalam perlawanan yang diadakan di depan 20,578 penonton di United Center di Chicago.

DeMarcus Cousins mengekori dengan tujuh mata dan 12 rebounds, sementara Kevin Durant membuat tiga dari sembilan dan menyudahkan dengan sembilan mata.

Pasukan AS mendahului 13-12 pada suku pertama sebelum membuka perlawanan dengan 12-0. Mereka kemudian menutupnya dengan lapan mata tanpa balas.

Aksi Kyrie Irving (10) ketika menjaringkan gol semasa menentang Venezuela dalam permainan latihan pra-Olimpik di United Center di Chicago, Illinois. Amerika Syarikat menewaskan Venezuela 80-45. – AFP
Aksi Kyrie Irving (10) ketika menjaringkan gol semasa menentang Venezuela dalam permainan latihan pra-Olimpik di United Center di Chicago, Illinois. Amerika Syarikat menewaskan Venezuela 80-45. – AFP

John Cos mendahului semua penjaring dengan 14 mata, termasuk 12 pada separuh masa pertama. Venezuela tidak dapat untuk mendapatkan kelebihan dari beberapa jaringan sukar oleh pasukan AS dan hanya mencatatkan 21.9 peratus pada 20 minit pertama dan 23.9 pada keseluruhannya.

Cox, anak lelaki kepada bekas pemain NBA, Chubby Cox, membuat enam dari 12 dan mencatatkan dua steal.

Irving adalah pemain perseorangan AS dalam mencatatkan jaringan dua digit pada separuh masa pertama.

Pasukan AS mendahului 56-31 pada akhir suku ketiga, menewaskan Venezuela 54-29.

Pasukan AS akan beraksi dalam perlawanan persahabatan terakhir esok di Houston menentang Nigeria sebelum berlepas ke Brazil di mana ia menghadapi pasukan kebangsaan China, pada 6 Ogos. – AFP