AS beri amaran ancaman penculikan yang semakin meningkat

AS beri amaran ancaman penculikan yang semakin meningkat

MANILA, 22 April – Amerika Syarikat telah mengeluarkan amaran perjalanan baru bagi keseluruhan selatan Filipina selepas sindiket penculikan semakin berleluasa di sana, dengan beberapa mangsa telah diculik dari kapal-kapal di laut.

Makluman dari Jabatan Kerajaan pada Khamis itu meminta rakyatnya untuk menghindarkan daripada perjalanan ‘tidak penting’ ke kepulauan Sulu dan di hujung selatan pulau barat Palawan, dan mengambil ‘langkah berjaga-jaga’ di selatan rantau Mindanao.

Ia memetik ‘ancaman besar penculikan ke atas pengunjung antarabangsa, ancaman meningkat penculikan maritim ke atas bot-bot kecil, dan keganasan berkaitan pemberontakan dan pengganasan.”

Sulu merupakan kubu kuat Abu Sayyaf, sebuah kumpulan militan Islamik yang terkenal melakukan penculikan, pengeboman, dan pemenggalan kepala di selatan negara Asia yang didominasi penganut Katolik.

Kumpulan itu menculik lapan warga asing sejak tiga tahun yang lalu, beberapa daripadanya dari Malaysia. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA