AS beri amaran Korea Utara

AS beri amaran Korea Utara

AWASHINGTON, 3 Ogos – Amerika Syarikat memberi amaran bahawa mereka sudah bersedia mempertahankan “diri dan sekutunya” selepas Korea Utara melancarkan peluru berpandu balistik ke arah Laut Jepun.

Korea Utara melepaskan peluru berpandu balistik ke perairan yang dikawal Jepun buat pertama kalinya hari ini, mencetuskan kemarahan Tokyo dan meningkatkan lagi ketegangan dengan Amerika Syarikat (AS) dan Korea Selatan.

“Ia adalah ancaman serius ke atas keselamatan negara kami,” kata Perdana Menteri Shinzo Abe kepada para wartawan.

“Ia adalah tindakan yang sangat mengejutkan dan tidak boleh ditoleransi.”

“Kita maklum dengan laporan bahawa Republik Demokratik Rakyat Korea (DPRK) melancarkan peluru berpandu balistik, dan Washington mengutuk sekeras-kerasnya ujian ini dan beberapa lagi ujian sebelumnya,” kata jurucakap Jabatan Negara, Anna Richey-Allen.

“Kami tetap bersedia bekerjasama dengan sekutu dan rakan-rakan di seluruh dunia untuk bertindak balas ke atas sebarang provokasi DPRK, serta mempertahankan diri dan sekutu kami daripada serangan dan provokasi ini.”

Richey-Allen berkata komitmen Amerika Syarikat untuk mempertahankan sekutu seperti Korea Selatan dan Jepun kekal sebagai “sukar sekali dirubah.”

Amerika Syarikat merancang untuk perhimpunan menentang ujian terkini Pyongyang di PBB.

“Kami berhasrat untuk meningkatkan kebimbangan kami di PBB untuk meningkatkan keazaman antarabangsa dalam memegang tanggungjawab DPRK untuk tindakan-tindakan provokatif,” kata jurucakap itu.

Ujian semalam itu adalah sesuatu kekerasan yang sangat jelas terhadap penempatan yang dirancang oleh sistem perta-hanan peluru berpandu Amerika Syarikat dan datang lebih awal daripada latihan ketenteraan AS-Korea Selatan bersama yang dijadualkan pada akhir bulan ini.

Minggu lalu, Menteri Luar yang baru dilantik Korea Utara, Ri Yong-Ho, berkata sebarang keputusan untuk menjalankan satu lagi ujian nuklear bergantung kepada tingkah laku Amerika Syarikat. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA