AS beri amaran rakyatnya mengenai ancaman

AS beri amaran rakyatnya mengenai ancaman

ISLAMABAD, 17 April (Xinhua) – Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Pakistan telah mengeluarkan satu mesej keselamatan baru bagi rakyatnya, menggesa mereka untuk mengelak daripada mengunjungi hotel lima bintang di Islamabad beberapa hari akan datang ekoran ancaman ke atas bangunan itu.

“Kedutaan sedang mengambil langkah berjaga-jaga umumnya namun ancaman yang tidak disokong berlaku ke atas hotel Marrott di Islamabad. Rakyat AS adalah dinasihatkan untuk mengelak kawasan itu dalam masa beberapa hari ini untuk mengakses situasi tersebut,” menurut kedutaan dalam makluman yang disiarkan dalam laman webnya pada Sabtu.

Pengeboman nekad ke atas sebuah trak di hotel itu pada 20 September 2008 telah mengorbankan lebih 54 dan mencederakan yang lain. Beberapa warga Amerika di antara yang terkorban namun majoritinya adalah warga Pakistan.

Kedutaan memberi peringatan kepada warga AS bahawa terdapatnya amaran perjalanan yang aktif bagi Pakistan yang dikeluarkan pada 7 April 2016, dan mengeluarkan amaran perjalanan seluruh dunia yang dikeluarkan pada 23 November 2015.

“Warga AS digesa untuk menangguhkan semua perjalanan tidak penting ke Pakistan. Rakyat AS di Pakistan digesa untuk menjauhi hotel-hotel yang tidak ada langkah keselamatan ketat,” kata kedutaan.

ARTIKEL YANG SAMA