AS bertindak rampas aset AS$1bn 1MDB

AS bertindak rampas aset AS$1bn 1MDB

WASHINGTON, 20 Julai – Jabatan Keadilan AS berkata hari ini ia bertindak untuk merampas aset bernilai lebih AS$1 bilion berkaitan dengan dana pelaburan kerajaan Malaysia, 1MDB.

Aset-aset itu ‘berkaitan dengan konspirasi antarabangsa untuk menggelapkan dana pelaburan’ dari 1Malaysia Development Berhad, yang ditubuhkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak untuk menyokong pelaburan ekonomi, menurut Jabatan Keadilan.

Peguam Negara AS, Loretta Lynch dijangka akan mendedahkan butiran usaha rampasan hari ini. – AFP