AS bidas lawatan presiden Taiwan ke pulau Itu Aba

AS bidas lawatan presiden Taiwan ke pulau Itu Aba

TAIPEI, 27 Jan – Presiden Taiwan, Ma Ying-jeou yang merancang untuk membuat kunjungan ke pulau Itu Aba, Taiwan di Laut China Selatan yang dipertikaikan adalah ‘tidak membantu’ dan tidak akan menyelesaikan segala pertikaian terhadap laluan perairan itu, kata pegawai Amerika Syarikat (AS) hari ini.

Pejabat Ma pada awalnya mengumumkan bahawa presiden yang meletak jawatan pada Mei, akan berlepas ke Itu Aba esok bagi menyampaikan ucapan Tahun Baru Cina kepada penduduk-penduduk di pulau itu, terutamanya anggota pengawal pantai Taiwan dan cendekiawan alam sekitar.

Tetapi kunjungan sehari Ma ke Itu Aba, dikenali sebagai Taiping dalam bahasa Taiwan, berlaku di tengah-tengah meningkatnya kebimbangan terhadap ketegangan di laluan perairan itu dan dengan segera menarik kemarahan American Institute di Taiwan (AIT), de facto kedutaan AS di Taipei dalam ketiadaan hubungan diplomatik rasmi.

“Kami kecewa Presiden Ma Ying-jeou merancang untuk membuat kunjungan ke Pulau Taiping,” kata jurucakap AIT, Sonia Urbom dalam e-mel kepada Reuters.

“Tindakan seperti itu adalah tidak membantu dan tidak menyumbang kepada penyelesaian aman terhadap pertikaian Laut China Selatan.”

AS mahukan Taiwan dan semua penuntut untuk mengurangkan ketegangan, berbanding daripada mengambil tindakan yang akan meningkatkannya, tambah Urbom.

Dalam kunjungan ke Beijing hari ini, Setiausaha negara AS, John Kerry, berkata Washington dan Beijing perlu mencari jalan untuk menghentikan ketegangan di Laut China Selatan, di mana AS$5 trilion perdagangan menerusi kapal melaluinya setiap tahun. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA