AS bimbang penglibatan China dalam politik Aussie

AS bimbang penglibatan China dalam politik Aussie

SYDNEY, 14 Sept – Duta AS ke Canberra telah menimbulkan kebimbangan mengenai China membeli pengaruh politik di Australia, selepas beberapa siri pendedahan mengenai sokongan kewangan Beijing untuk tokoh berpengaruh.

Sumbangan politik daripada sumber asing telah menjadi isu amat sensitif di Australia, yang pada minggu lalu melihat peletakan jawatan seorang senator pembangkang terkenal selepas beliau mengaku menerima bayaran untuk menampung perbelanjaan.

“Kami berasa terkejut, secara terus terang, pada penglibatan kerajaan China dalam politik Australia,’ kata duta AS bersara John Berry dalam akhbar The Australian hari ini. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA