AS bom 3 tapak radar Huthi

AS bom 3 tapak radar Huthi

WASHINGTON, 13 Okt – Amerika Syarikat (AS) hari ini mengebom tiga tapak radar yang dikuasai oleh pemberontak Huthi di Yaman, serangan langsung pertama AS ke atas kumpulan itu ekoran serangan ke atas kapal perang Amerika minggu lalu, menurut Pentagon.

Presiden Barack Obama telah membenarkan serangan peluru berpandu Tomahawk yang dilancarkan pada pukul 4 pagi waktu tempatan oleh kapal pemusnah USS Nitze ke atas wilayah yang dikuasai Huthi di pantai Laut Merah, Yaman, menurut seorang pegawai.

“Penilaian awal menunjukkan tapak-tapak itu musnah,” Setiausaha Media Pentagon Peter Cook berkata dalam satu kenyataan.

Serangan ke atas ‘tapak radar yang menjadi sasarkan dan yang terlibat dalam pelancaran peluru berpandu yang mengancam USS Mason dan kapal lain yang beroperasi di perairan antarabangsa di Laut Merah dan Bab al-Mandeb,” tambahnya.

“Serangan mempertahankan diri yang terhad ini dijalankan untuk melindungi kakitangan kami, kapal kami dan kebebasan pengemudian kami di laluan maritim penting ini.”

Gambar kiri menunjukkan kenderaan musnah yang membawa radar antena di bandar pelabuhan Hodeidah, Yaman manakala, gambar kanan adalah gambar fail yang diambil pada 8 April menunjukkan kapal pemusnah berpeluru pandu Arleigh Burke Class, USS Nitze (DDG 94) ketika menjalankan operasi di Laut Mediterranean. – AFP
Gambar kiri menunjukkan kenderaan musnah yang membawa radar antena di bandar pelabuhan Hodeidah, Yaman manakala, gambar kanan adalah gambar fail yang diambil pada 8 April menunjukkan kapal pemusnah berpeluru pandu Arleigh Burke Class, USS Nitze (DDG 94) ketika menjalankan operasi di Laut Mediterranean. – AFP

USS Mason, sebuah kapal pemusnah telah menjadi sasaran serangan semalam.

Peluru berpandu yang dilepaskan dari wilayah yang dikuasai pemberontak terhempas ke dalam laut sebelum sampai ke sasarannya.

Mason dan USS Ponce, pangkalan pelancar amfibia , sebelum ini telah menjadi sasaran Ahad lalu oleh serangan gagal dua peluru berpandu.

“PBB akan memberi respons kepada ancaman seterusnya ke atas kapal kami dan lalu lintas komersial, bila perlu, dan akan terus mengekalkan kebebasan pengemudian kita di laut Merah, Bab al-Mandeb dan di tempat lain di seluruh dunia,” kata Cook.

AS menyokong pasukan bersekutu yang diketuai Saudi yang memerangi pemberontak yang disokong Iran dan pasukan bekas presiden Yaman Ali Abdallah Saleh. – AFP